Saturday 24 November 2012

kami pencinta photo

Assalamualikum..hai semua....kali ni ayu nak kongsikan cerita ayu dengan kawan ayu yang gemar bergambar..ya..sebelum ni ayu ada cerita fasal tempias ya hobi ayu sebab kawan ayu yang gemar bergambar..ayu kenal dia masa form 4..ayu mula rapat dengan dia,ayu dapat tau yang dia akan jadi gila bila bergambar..(sorry yaya,,)Bagi ayu dia seorang yang cantik,pandai bergaya walupon kadang-kadang over gedik's..biasa lah permpuan mana tak gedik,,,ayu pon actually gedik juga..huhu..nama dia Norhazirah Amira tapi kawan-kawan panggil dia yaya,,bukan sebab dia kuat macam yaya dalam cerita Boboiboy..ayu pon tak tau sapa yang bagi nama tu..kita orang kalau keluar jalan-jalan pergi KL mesti ambil gambar(salah satu syarat khas masa keluar dengan dia)..sebelum ayu kenal dia..ayu rasa dia seorang yang poyo,bajet(sorry lagi sekali ya)tapi hakikat ya tak..dia seorang yang ceria sangat..and comel.....hihi..kebanyakan ciri-ciri dia,,ayu suka ikot,,contoh cara dia bergaya,,sebanarnya dia macam idola ayu dalam kalangan kawan ayu..tapi ayu tak adalah copy semua fasal dia.bagi ayu yaya seorang kawan yang baik,sentiasa tolong ayu masa susah..1 perkara yang ayu suka denagn dia...Time ayu tidur rumah dia,,,memang best gila,,kiteorang main make up..lepas tu ambil gambar sama-sama,,,dah macam orang gila je..memang rindu  gila time tu..harap hubungan kiteorang kekal...amin..
yaya,,,aku sayang ko beb!aku mintak maaf kalau tak boleh jadi kawan yang terbaik untuk ko,,

#tengok lah,,,,kiteorang punye gaya...dah macam model gila
hahahaha
:)



















#kalau korang tengok gaya dia pon dah tau kan
:)      i   <3  u

si kemetot

Assalamualaikum..hai pembaca blog ku,,,,terima kasih sebab sudi menyinggah ke blog ayu..macam mana hari ni??semua happy tak??hari ni ayu nak mengumumkan tajuk kali ini ialah SI KEMETOT(pergh! ada gaya macam pengacara majlis tak??  hihi..     :D)
ayu adalah seorang gadis berketurunan berbadan gempal dan rendah..sebelah mak ayu kebanyakan ya rendah-rendah,sebelah abah pula badan bergampal-gempal..

#ni lah mak ayu..sebelah tu adik ayu..tinggi mak ayu lebih kurang dengan ayu,,
kadang-kadang kalau keluar jalan dengan mak orang ingat ayu adik mak,,,hihi



berbalik kepada cerita tadi..tinggi ayu 141cm..ya,,memang rendah...kalau pergi sekolah rendah boleh disamakan dengan budak darjah 4..pernah ada  satu kejadian yang melibatkan adik..
masa tu ayu dengan dia dekat pasar..tiba-tiba nampak kawan ayu,,so dengan rasa mersa ya ayu tegur kawan ayu tu..dia pandang pelik..esok ya ayu ke sekolah tanya dia..''kenapa semalam pandang pelik kat aku?''
kawan ayu cakap''semalam tu yang kat sebelah ko tu sepupu ko ke?''  hahaha,,,tekejut ayu bila dia tanya soalan tu..
dalam kalangan keluarga ayu,,,ayu lah yang paling rendah,,adik dengan abang ayu tinggi,,yela,,nak buat macam mana..faktor keturunan..kalau kat sekolah pon sama...dalam kelas ayu paling pendek..dalam kalangan tingkatan mybe ayu yang ke 4..hurm,,(mengeluh nampak...ceh!) hihi,,maaf...ada iklan lalu,,,ok.. ramai orang tanya ayu,,''tak nak tinggi ke??''  bagi soalan tu tak cepumas langsung,,,hihi,, ayu bersyukur dengan apa yang ada..jadi rendah ni ada kelebihan ya tau..nak tahu??
tengok ni---->                                 
#orang pendek kalau bergambar pasti di depan
:D
HA!!  nak cerita ni,,,ada 1 peristiwa yang memalukan ayu...ketika tu ayu ke pesta buku dekat PWTC..ayu pergi dengan kawan ayu..ada akak yang edar risalah ni tanya ayu,,,umur ayu berapa,,ayu sebenarnya malas nak layan akak tu,,,ayu cakap la umur ayu 17 tahun tapi dia macam tak percaya umur ayu 17 tahun,,mana tak ya,,time tu ayu pergi dengan kawan ayu yang tinggi ayu bila sebelah dia hanya paras bahu,,kalau jalan dengan kawan ayu mesti macam jalan dengan kakak...hihi..malu pulak kite..ayu suka usik kawan-kawan ayu TAPI bila dia orang usik ayu..diaorang suka letak barang ayu atas almari...dengan rasa malu ye,,,ayu ambil kerusi..panjat,lalu capai baranga ayu...diaorang gelakkan ayu time tu...shitttt!!! terkena ayu pulak...huhuhu..
kesimpulan ya...ayu bersyukur dengan nikmat yang allah bagi..tak kira berupa apa pun..



#ni time ayu 17 tahun,,,ha??tak caye??kene caye gak..masa ni
ayu pinjam tudung dengan kain adik ayu,,,huhu


#ni la kawan ayu time pergi PWTC..
Dia memang tinggi

#nama dia shazlena,,,dulu tinggi ayu sama dengan dia,,
sekarang...hurm...ayu kalah la
:(

#ni lah kawan ayu dari sekolah rendah,,tengok...
tinggi ayu lagi sikit dah nak sama dengan dia..
:)



#ayu paling rendah kan???hahaha,,,da tahu da



#tengok!dia ukur tinggi ayu!!marah dia!
:)  hahaha



Thursday 22 November 2012

i'm pray for Gaza

assalamualaikum para pembaca blog ku..ada ke yang baca??hurm,,harap-harap ada la kan. :)
hari ni ayu nak terita tentang keamanan..ye,,keamanan bagi ayu penting untuk semua manusia tak kira dari segi aspek apa pon..cerita tentang keamanan,,you all taw x?(Fuh!may i speak english?..huhu)sekrang ni banyak media massa memaparkan kesengsaraan rakyat Gaza..hurm,,kesiankan?yela,,cube korang banyangkan,,dengan hanya sekelip mata untuk tidur,,tibe-tibe keluarga korang dah kene bom! ya allah!! ayu tak dapat banyangkan betapa sengsaranya mereka semua..tiap kali berita di tv pasti keluarnya paparan tentang keganasan israel terhadap Gaza..jauh dalam lubuk hati ayu merintih kesedihan kerana ayu tak dapat berbuat apa-apa di sini,,,ayu hanya menadah tangan memohon keamanan dan keajaiban dari Ilahi agar menghentikan segala kesengsaraan rakyat Gaza..alhamdulillah syukur kerana ayu ditakdirkan di sebuah negara yang aman iaitu MALAYSIA,,tapi,,kite tidak boleh terlalu leka dengan keamanan yang diberi oleh allah,,ayu bangga dengan kawan-kawan fb ayu kerana masing-masing mengingati antara satu sama lain dengan memaparkan gambar-gambar mangsa keganasan ini lalu hadirlah rasa kesedaran,,harap dengan usaha kawan-kawan kalian berhasil mengumpul doa dan keajaiban untuk Gaza..   <3

Thursday 15 November 2012

belajar ke keje???-------

yup...itulah penangan asmara??eh,,salah-salah,,itulah penangan sakit otak yang menyelubungi semua pelajar lepasan SPM..hurm,,keje?belajar??mmm..mane satu ek??kawan-kawan ayu semua dah start cerita cari keje..siap ada yang ajak ayu cari keje sampai ke Shah Alam..amboi jauh nyah!hadoiii,,,kalau ikotkan ayu,,ayu nak juga rasa pegang duit sendiri hasil dari duit gaji ayu,,,tapi boleh ke ayu pegang duit??ayu dah la boros,,,haish!''masyallah'',,bila ayu tanya kat mak..''mak,,kite nak keje bulan 12 ni boleh?''dalam hati ayu mesti mak tak bagi,,rupa -  rupanya betol..mak ayu tak bagi ayu keje sebab mak tak nak ayu jadi macam mak yang dulunya keje lepas SPM sebab sijil SPM hanya akan dapat gaji sederhana nanti tak dapat menampung keluarga,,mak cakap macm tu sebab mak sendiri ada pengalaman..ayu paham..apa yang mak buat adalah yang terbaik untuk ayu..tak apalah..mybe ayu patut terus belajar,,belajar jugak 1 ibadah kan??

Wednesday 14 November 2012

si penerima cacian

assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,alhamdullillah bersyukur ke hadrat illahi kerana ayu masih terus bernafas untuk menyerikan blog ayu...kali ni ayu nak ceritakan tentang diri ayu yang dahulu dan sekarang...ayu pernah cerita yang ayu dulu mempunyai sebuah gitar,,sebenarnya ada kisah disebaliknya..actually ayu ingin jadi seperti NAJWA LATIF..ayu mula mengenali NAJWA LATIF daripada seorang pemuzik youtube iaitu AFIE COVER.. tapi impian tu tak sampai dihati ayu dek kerana diejek disekolah selepas ayu upload video...ayu nyanyi lagu-lagu dia and then ayu post dekat facebook..hari pertama ayu sekolah,,,kawan-kawan panggil ayu ''AYU LATIF''...malunye....tiap kali ayu pergi ke tandas pasti ada suara sumbang yang memerli ayu dengan menyanyikan lagu NAJWA LATIF..sejak dari itu setiap kali ayu ke tandas dan ke kantin pasti ayu pandang bawah kerana rasa malu sentiasa menyelubungi diri,,,selepas kejadian itu berlaku,,ayu bertanyakan kepada kawan-kawan ayu,,betul ke apa yang ayu buat??hurm,,,ada seorang kawan ayu yang sentiasa menghilangkan rasa takut ayu dan membuat semangat ayu pulih,,,dia cakap..''awak,,tiada penghalang untuk awak capai impian awak..saya tahu awak boleh buat..percayalah''.Denagn kata-kata dia ayu terus upload video ayu kat facebook..memang banyak komen yang menyakitkan...sekarang ayu berhenti untuk upload video tapi itu tak bermakna ayu putus asa..hobi ayu memang suka menyanyi..dengan kejadian itu lah yang mengajar ayu sesungguh nya kata-kata yang menyakitkan itu lah yang membuatkan kita bersemangat meneruskan hidup..sampai sekarang ayu terbiasa dengan kata-kata yang menyakitkan TAPI ayu makin menjadi seorang yang malu ketika dipuji..ayu sebenarnya takut dengan pujian kerana pujian itu membuatkan kita rasa bangga dan lupa diri,,,alhamdulillah sampai sekarang ayu masih dijalan yang benar..;insyaallah..

#ayu mula tetarik pada gitar


#ni lah antara lirik lagu  berserta kord gitar yang ayu kumpulkan

semua perkara akan jadi mudah jika kita terus berusaha TETAPI jangan menganggap semua benda muadah untuk kita mencapainya..

aku si penjiwa kanak-kanak


hye asslamualaikum,,,sebelum itu ayu ingin mengucapkan salam maal hijrah,,,ayu akan terus post walaupon tiada yang follow..ramai orang cakap muke ayu tak mature dalam kalangan kawan-kawan,,mybe faktir ketinggian,,,tinggi ayu cuma 141cm...keturunan belah mak ayu and abah rendah-rendah belaka...so ayu kire tergolong dalam golongan kenit...ramai orang tanye ayu..'tak nak tinggi ke?'..ayu memang tak nak tinggi,,,sebab best jadi rendah..sebab kalau ambil gambar ayu yang duduk depan sekali,,hahaha..:D
ayu memiliki jiwa kanak-kanak bukan sebab asyik duduk bawah ketiak mak okey!beza umur ayu dengan adik ayu 7 tahun,,mungkin disebabkan itu lah perangai ayu tak mature..ayu ingat lagi time umur ayu 12 tahun,,,ayu masih lagi bermain anak patung,dalam adik beradik ayu,,ayu lah yang paling banyak mainan..tapi tu semua tak menghalang ayu untuk mencapai cita-cita ayu,,walaupun perangai ayu macam budak kecik tapi ayu memiliki cita-cita yang besar...


#ayu suka main gelongsor



#ni lah aktiviti yang menunjukkan ayu tak mature

walaupon ayu seorang yang berjiwa kanak-kanak..tapi ayu garang dengan adik-adik ayu,,,sampai adik penah cakap yang ayu garang macm kak ros,,huhu,,,tapi garangkan tanda sayang..
ayu suka gelak-gelak time keluar dengan kawan bagi ayu ketawa tu terapi jiwa ketika ayu sedih..
ayu suka kekalkan drees up yang sweet and ayu suka ambil risiko dalam pemilihan warna agar menampakkan diri ayu ceria...pemakaian melambangkan diri seseorang,,

Monday 12 November 2012

si penggemar fashion



FASHION..apa yang aku tahu tentang fashion..mmm???bagi aku fashion ialah pelangkap wanita yang inginkan sesuatu yang indah..DAN..fashion itu tak mengenal saiz seseorang..ayu pernah terbaca satu artikel  buku fashion iaitu HIJABSTA..mmm..''pakailah pakaian yang dapat memuaskan hati kita bukan orang lain asalkan menutup aurat''..ayat tu membuatkan ayu lagi berani untuk berfashion..but sometime ayu pernah over dalam berfashion,,,dari pengalaman tu ayu ambil iktibar untuk berfikir sebelum memakainya..ayu jugak seorang pengumpul barangan yang berkenaan tentang fashion for the example is tudung bawal and pashmina,dari corak pokadot, obama, leopard, dua ton, ros..kalau baju pulak ayu lebih suka pilih colour yang ceria sebab itu melambangkan diri ayu..


#Inilah antara koleksi baju kegemaran ayu




#Ini koleksi tudung bawal ayu




#ini koleksi phasmina and shawl ayu


#ni koleksi barang perhiasan ayu


#ni warna kegemaran ayu


#ni koleksi scarf ayu

#ni koleksi belt ayu




Pernah ada satu kejadian yang melibatkan fashion ayu and kawan ayu..iaitu kumpulan pelajar form 3 yang kurang senang tengok fashion kawan ayu...diaorang cakap fashionnya pelik sebab melibatkan banyak colour..last-last telinga kawan ayu tak tahan dengar kata-kata kutukan tu,,,dia pon terus sound pelajar form 3 tu..ayu pon ada terasa jugak cara ayu..just bagi buku tentang fashion and budak tu terus senyap...mybe dia terasa akan perbuatan ayu,,,but ayu dapat pertahankan prinsip ayu..dengar cerita sampai sekarang dia tak baca buku tu lagi....hurm,,,pengajarannya..jangan memandai-mandai nak komen seseorang tanpa ilmu pengetahuan yang cukup...ye,,,,sesetengah kawan ayu cakap mulut ayu macam longkang but salah ayu ke untuk pertahankan apa yang ayu ikot selama ni??hurm,,,manusia,,,macam-macam ..tak lenggang dari rasa dengki,,




#ini first time ayu berfashion kontra colour




#saiz bukan penghalang untuk kita berfashion  :D





#ni pic time ayu hangout dengan kawan



#ayu berani dalam bermain colour



Tiap kali ke mana-mana mesti ayu ambil gambar,,,huhu..hobi ayu kan??




Sunday 11 November 2012

it's all about me

Kenapa letak nama Pencinta Photo??sebab saya jenis pantang nampak camera..
tak percaya??tengok ni..
#senyum itu lah awet mude kite


#ada gaya top model x?

 :D,,sebenarnya banyak lagi gambar dalam folder lattop...tak kan lah nak keluarkan semua kot,,huhu...ayu mula suka bergambar sejak 16 tahun,,,time tu baru kenal dengan seorang kawan yang gemar bergambar,,,last-last,ayu yang terkene tempiasnya...actually ayu bukan lawa mana pon..tapi kalau ada orang cakap ayu ni lawa...alhamdulillah...ayu sememangnya suka ambil gambar and suka make up... kalau boleh ayu nak posing semaut yang mungkin,,hihi,,..biasalah perempuan kan...tapi sebenarnya lebih seronok jadi diri sendiri...cklik...cklik,,,cklik,,,,itu lah selalunya berbunyi kalau ayu bosan sampai penuh isi perut lattop ni dengan gambar ayu...ayu lebih gemar ambil gambar persendirian baru ada semangat top of model..huhu,,perasan pulak..kehidupan ayu simple je..Fashion adalah keutamaan ayu..Actually cita-cita ayu nak jadi pereka fashion sebab tu lah ayu gemar and minat berfashion..bagi ayu saiz badan bukan penghalang untuk kite berfashion..Idola dalam berfashion ayu,,kak yuyu,,,dia comel sangat.. http://kupukupukecik.blogspot.com/2011/02/terus-berblog.html
tiap kali ayu melayari facebook confirm ayu akan menyinggah wall dia..ayu jadikan fashion sebagai hobi dan kerjaya ayu,,,insyaallah,,,,ayu nak buktikan kat semua orang yang saiz macam ayu ni  boleh berfashion,,ayu minat bidang ni sejak umor 15 tahun,,,time tu,fashion yang tengah hangat baju kemeja yang kotak-kotak..ayu dapat kumpulkan baju tu dalam 5 pasang...lepas trend tu,,terus ada trend pokadot, learpod, colour kontra..macam-macam lah...sejak dari tu ayu mula beli majalah tentang fashion and tanya dengan  kawan ayu...sebenarnya aku tak sangka ayu suka benda ni semua,sebelum ayu ni ayu minat dengan bidang nyanyian,,,ayu memiliki sebuah gitar yang sampai sekarang tak guna sebab tak pandai main and jari tak sampai #maklumlah..time tu tengah hangat tentang artis youtube,,,sape lagi kalau tak NAJWA LATIF..lagu dia memang gempak sampai adik ayu yang 3 tahun pon ikot nyanyi,,,hihi...ayu tak dapat nak fokus ke bidang yang ayu minat dulu sebab memang susah nak belajar main gitar lagi pon mak ayu tak tahu yang time tu ayu beli gitar,,,but now mak dah tahu tapi mak tetap tak bagi ayu belajar main gitar,,mak takut ayu lalai...btw..tak ape lah,,,mybe restu ibu penting dalam sesuatu perkara,,,now...fashion is my destination!



cantik ke??make up je la,,
camera pinjam je,,,huhu