Saturday 30 March 2013

PERTEMUAN YANG MENJALINKAN IKATAN

#sebuah hubungan sesama manusia tidak mengenal status,gaya,rupa akan mereka.


       Assalamualaikum pakcik,makcik dah tidur ke belum?abang,akak,adik?dah tidur ke? alorh! lek ar esokkan hari minggu. malam masih muda.hihi. apa khabar semua?ayu harap kauorang sihatlah ye. kalau nak sakit pon jangan lah sakit mata nanti tak dapat nak baca post ayu yang akan datang,huhuhu.

    nak ceritakan tentang pertemuan ni. haish memang tak kan habis sebab macam-macam orang yang ayu jumpa dan kenal tapi semua ye tak kekal hanya sekejap je. (maksud ayu pakwe.huhu) .Tadi ayu baru ke bukit kapar untuk berjumpa dua beradik yang ayu rindu sangat-sangat, ayu kenal diaorang masa kat kem.alah. kem yang ayu temankan sepupu ayu tu, malas lah nak replay.. *ingat aku cd player ke?huhu*
Ayu mula rapat dengan diaorang pada hari kedua kem dan mereka ni sebenarnya anak yatim.mak ayah diaorang tak ada. sedih kan?*ayu lupa nak suruh awak semua sediakan tisu.hihi* . Perangai diaorang tak sama macam budak lain,diaorang ni special sangat. sebab tulah ayu sayang diaorang.


APA YANG SPECIAL?

hubungan diaorang ni terlalu rapat dan saling memahami antara 1 sama lain sedangkan hubungan ayu dengan abang ayu pun tak terlalu elok,selalu gaduh. itulah yang ayu dapat belajar dari diaorang.Kasih sayang yang kita dapat rasa di antara anak yatim dan menyentuh hati lalu menginsafi diri *waduh-waduh,, dah macam cerita romentik?romentik??polek benar*

By the way *ceh,anak jawa speaking ma,,,*  diaorang ni memang adikberadik yang awesome!


                                                                 


Sekian♥ 

Friday 29 March 2013

PRINSIP HIDUP

#prinsip kadang-kadang boleh mendisiplinkan diri tapi kadang-kadang boleh menjadikan diri 'bajet' bagus

         Assalamualaikum, hye semua?*gaya macam ramai je,* apa khabar? sihat ke tidak?
mak cik, ye.. mak cik,, meh lah baca post ayu kali ni kejap je tak kan hangus ikan dikuali dek kerana membaca blog ayu.ha, yang lain pon boleh baca.tak salah pon.

                 Prinsip, kalau nak diceritakan pasal prinsip ni memang banyak yang ayu guna. Hidup ayu suka berdasarkan prinsip lagi-lagi bab fashion. huhu. Ayu menganggap prinsip sebagai fist aid semasa ayu  dalam kebuntuan.Contoh ye dalam mix and match pakaian. haish.. itu lah yang paling susah bagi ayu sebab macam-macam warna nak kontra kan ni lah punca kalau terlalu taksub dengan trend fashion terkini. Tapi sampai bila ayu kena ikut trend fashion erk?? hurm.. adakah sampai tua sekali pun ayu akan ikuti laluan fashion ni?? tertanya-tanya kan..

   Ayu akan kongsikan beberapa prinsip untuk kauorang ikut, tapi kalau tak nak tak apa. tak paksa okey  ;)

HIDUP:
1- 'jadi diri sendiri untuk mencipta identiti di mata orang'
 
Prinsip ni lebih sesuai digunakan semasa kita di tempat asing contoh nya di institut,sekolah,tempat keja dll.
atau semasa kita baru mengenali seseorang.jauhilah sifat hipokrit hihi..

2-'pandanglah seseorang melalui hati bukan sekadar mata'
ini lah yang selalu terjadi pada ayu baru-baru ni tapi al-hamdulillah hamba allah tu memaafkan perbuatan terkutuk ayu ni. ya allah.. jahat ye aku. *baru tahu ke?* kita tak pantas menghakimi orang.siapalah kita untuk menceritakan yang buruk tentang dia sedangkan kita tak rapat pun dengan dia. Ayu mohon sangat-sangat pada semua.jauhilah sifat ni.

FASHION:(mengikut syariat)
1- 'pakai untuk keselesaan diri bukan untuk kepuasan orang lain''
 
kita lebih suka mendengar pandangan orang atas kesesuaian pakaiaan kita, bukan kita keras kepala atas pendapat orang tapi yang memakai pakaiaan itu tubuh kita.right?

2- 'fashion always available for me'
Walau bagaimana pon rupa,bentuk badan kita, jangan kita memburukkan ia  dengan sifat mudah putus asa dalam berfashion, kalau tak ada pakaiaan yang tak sesuai ditubuh just carik yang lain.Bagi yang berbadan besar jangan mudah murung akibat saiz ye sebaliknya berusaha untuk merampingkan badan walaupun mengambil masa yang lama.

SAHABAT:
1. 'jangan meletakkan syarat semata-mata untuk memilih yang sesuai''
Jangan sesekali melitak kan ciri-ciri kepada seseorang untuk menjadi sahabat kita. kelainan itulah sebenarnya awesome! kita dapat mengenali sahabat kita dengan sikapnya dan kita akan mencipta ikatan persahabatan yang unik dimata orang.


CINTA:
1.'jangan asyik mengejar si dia kalau terlalu sayang,biar dia datang pada kita untuk menunjukkan erti sayang'
Ha!! inilah yang paling parah.. wahai kaum hawa sekalian,adik-adik,akak-akak.makcik-makcik??oppsss,, terlebih sudah,, hihi. ingat! berhenti kejar si dia kalau dia kuat merajuk. kita perempuan kena jaga ego. ingat lelaki je ke ada ego??*nak marah pasai pa??..hihi* lelaki akan gembira kalau dia dikejar-kejar.macam dalam filem hidustan.tumpah su air, yu musy kua ir. haish.. syok pulak di buat nya. sedar tak! lelaki akan menggunakan tektik ni kalau dia nak sesuatu yang berharga pada diri kita, tak perlu lah bagi tahu apa dia kan. kalau perempuan yang dah biasa dengan memujuk ni sampai dia expert.sayang,.. patah balik na,. jangan dok khusyuk sangat dengan cinta. memang cinta itu indah tapi jangan di sebabkan si dia kita yang tak indah..


okey.itu je lah a few tips yang mampu ayu kongsi bersama harap memberi manfaat lah ya.



     'PRINSIP'
Prinsip umpama sahabat dan umpama musuh,
guna kan prinsip dimasa yang sesuai,
jangan terlalu taksub akan ia kerana masa itulah ia akan menjadi musuh,
jangan terlalu ikut kata orang untuk selesa dimata dia ,
prinsip dapat menjadikan kita disiplin akan sesuatu tindakan yang kita ambil
:)



 Sekian ♥ 





Monday 25 March 2013

FACEBOOK VS FESEBUK?


'kita berkenalan hanya dalam laman muka buku..lalalala..''

                         Assalamualaikum semua.. apa khabar? sihat?? YA..mestilah sihat kan? kalau tak sihat tak lah boleh baca blog ayu ni, huhu. Ok. semua tengah buat apa? online Facebook ye?? Dah tau dah, tapi mesti bosan kan sebab tak ada bahan yang berfaedah untuk dibaca? HA! meh lah baca blog ni yang menceritakan kehidupan ayu di luar sana *ayat promote je lah yang aku tahu*

      Amboi~ syok betul cik kiah melayan fesebuk tu,, apa yang best ye.. ce cite....

1- mendapat kenalan yang ramai dan baru .. hurm itu pon kalau tak sombong kan??kan? its okey, normal lah tu, kalau tak normal bukan dengan manusia lah anda berhubung. OMG...

2- Populariti : ada sesetengah manusia mendapat popular dari fesebuk ni mengalahkan artis. hui.. padahal statusnya 'SAYA SEDANG MAKAN' apakah???

3- TREND : sekarang ni trend promote orang, contoh nya.. silalah add si polan bin.....bla bla bla.
okey, hentikan iklan yang sakai itu sebab ianya menyemak kan home kami..


     tengok..macam-macam karenah manusia dalm alam maya ni.ada yang sibuk kejar populariti,ada yang sibuk sindir menyindir, kadang-kadang perkataan yang tak sepatut nya di terbitkan.tak pasal-pasal lidah anda kena samak, ahaha. jangan main samak k..

    Tapi itulah sifat manusia, tak pernah lekang dari salah, betul lah cakap uztaz ayu, manusia akan buat dosa dalam 1 saat cuma kita sahaja tidak menyadari nya. Ayu pon nak minta maaf kalau ada yang menyakitkan hati pembaca. Sama-samalah kita jernihkan sifat yang keruh itu..

    kesimpulan nya, gunakan sesuatu kemudahan itu untuk kearah kebaikan agar memberi manfaat kepda orang lain.

    Sekian ♥

Saturday 23 March 2013

DAHULU BERTIGA, KEMUDIAN BERDUA, KINI BERSEORANGAN?



                   Assalamualaikum. apa khabar semua? harap sihat-sihat belaka dan bertambah cantik macam ayu lah ye? *perasan nye =,= *     Al-hamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana setiap saat masih diberi peluang pada ayu. Orang cakap kalau ada rezeki tak kan kemana.
   
                    Pada 22 hari bulan,hari jumaat lalu, Ayu dan bff pergi interview kerja di sebuah syarikat kelapa sawit tetapi kami di bahagian makmal. Ini merupakan pengalaman pertama ayu pergi interview bagai, Fuh! berdebar-debar dalam hati bila setiap orang kena diuji untuk melakukan kerja yang bakal kami lakukan bila kami diterima dalam bahagian itu. Hati ayu dah berdebar-debar macam gempa bumi bila giliran ayu. Betapa susah nya untuk mengambil sekeping tisu menggunakan penyepit khas.Tapi Al-hamdulillah semua nya dah selesai kemudian hanya tunggu untuk dipilih je sama ada dapat atau tidak. Pada mula nya ayu tak berapa yakin untuk diterima begitu jugak dengan faezah, tapi fara kelihatan begitu bersemangat untuk menyahut cabaran bekerja di situ Tapi malang tidak berbau, perkara yang tidak disangka berlaku.kini bermula lah cerita sedih ni.........................

              ''Maaf ya cik adik fara. kamu tidak dapat bekerja disini sebab bla,bla,bla..''
Siapa tak sentap kalau kita dah beria-ia dan terlalu yakin akan kejayaan yang kita usahakan tapi sebalik nya. Kegagalan yang menimpa. Ayu kasihan tengok keadaan fara semasa balik dari interview, dah macam mati laki. Hasih. Ayu dan faezah rasa tak adil lah kalau fara tak dapat kerja tapi tak kan lah semata-mata seorang kawan kita tak nak ambil peluang yang ada didepan mata?? hurm.... mengeluh panjang ayu dalam hal ni.Ayu tak nak jadi seorang pentingkan diri tapi,,,,,

                   Bila semuanya dah selesai, Ayu dengan faezah lepak di rumah fara untuk berbincang *dah macam mengadakan mesyuarat agaong, yang sorang sokong, yang sorang bantah.. haiash,, apa aku ni? berangan je.*  ok. berbalik ke cerita tadi, maaf lah terbuat iklan pulak. hihi.. Kami bercadang untuk mencari kerja ditempat lain dahulu manalah tahu kami takkan berpisah. hihi. kami ni dah bagaikan, kacang,isi,kulit. ahahaha.. *hantamlah labu*   Kini masalah dah selesai.TAPI.........Malam nya pulak Faezah yang buat hal. dia tiba-tiba tak nak kerja.sabar je la. Tapi nasib baik lah ada seorang kawan ayu akan interview hari isnin ni. harap-harap dia dapat lah..Amin~

 
                    Esok hari nya ayu dapat tahu yang kak siti iaitu kakanya fara akan bawak fara ke ampang untuk bekerja bersama-sama dengan kak siti. Ayu dah tak tahu nak buat apa, cuma kerinduan akan mula merebak dihati ayu. Konferm ayu akan rindu gila kat dia, sedih nya. Kami tak pernah berpisah selama ni. semua perkara kami buat sama-sama macam.. ''ketawa bersama,menangis bersama, ku bersumpah harap. bla..bla..bla.. '' *sempat lagi menyayi?? ini serius...*

                      Tadi petang ayu sempat jenguk keadaan dia sebelum dia ke Ampang. Ayu suruh dia jaga prince ktak, iaitu patung katak kami. Harap-harap dapatlah dia melepaskan rindu pada prince ktak tu.

              Ayu dapat pengalam yang tak disangka-sangka dan pengajaran yang berharga dalam hidup kali ni, Peluang ada sekali dalam hidup dan tak semestinya kita akan bersama selamanya masih jauh perjalanan kita dan masih ramai lagi manusia yang kita akan kenal disepanjang perjalanan hidup ini,Tapi kami tetap SAHABAT sampai bila-bila..AMIN~

                sebak dihati terpaksa ditahan untuk terus melemparkan senyuman demi semangat yang harus diteruskan dalam perjalanan di dunia ini..


#kenangan antara kita bukan sahaja diphoto tapi melekat dihati.
hanya maut yang memisahkan kita
                                                     



                                               # inilah video yang ayu janjikan


    Sekian ♥






Thursday 21 March 2013

GREEN LIGHT

   

        Saya sudah bebas, sudah bebas~ Saya sudah bebas dari SPM,SPM,SPM,SPRM~ ada dengun ye pon, huhu..

         Assalamualaikum,semoga semua sihat dan ceria selalu k!   Al-hamdulillah, sejak mendapat result ni.. ayu tak boleh berhenti untuk menulis di blog ni walaupon Bahasa melayu ayu C+.itu tidak menghalang ayu untuk berkongsi cerita pada anda semua,lagi pon ayu bukan ya guna bahasa alien untuk menyampaikan cerita, kan?kan?,, hihi..

     
        Apa yang ayu buat lepas dapat reult? hurm. ayu bercadang untuk ikut BFF ayu kerja. tapi. sob, sob, sob *sedih ye*  mak abah ayu tak pasti untuk melepaskan ayu. hurm. ayu pon terpaksa lah buat strategi untuk memberontak. ye! ayu seorang yang memberontak. jaga-jaga. ahahaha.. tapi ayu bukan ya memberontak dengan cara orang bodoh. sampai nak bunuh diri bagai *gila kah?tak sayang nyawa*
Ayu malam tadi tidur rumah Fara,Faezah pon ada. adoi. diaorang kelakar je tengok ayu yang dalam tidak keruan dengan dilanda masalah keluarga. haish! diaoranglah tempat mengadu ayu.
   
    Ayu seorang anak manja, jadi semua benda mesti kena diatur dengan keluarga, kadang-kadang ayu pon tension ada keluarga over protect. Ayu pikir,pinya pikir. sampai bila ayu nak hidup berdasarkan keputusan keluarga? hurm. ayu pon buat lah muka, habis abang ayu,ayu marah, kesian dia.. tapi salah dia jugak sebab suka menyekat ayu. .. pagi tadi dalam perjalanan balik rumah. Terdetik dihati ayu. ''dosa ke aku buat macam ni?''     Ya allah, inilah perkara yang selalu ayu takut, ayu dah tak nak sakitkan hati mak abah ayu.
Tapi ayu memang jenis yang keras kepala. ayu tak suka dipaksa. sekarang ayu cuba menjadi matang dengan keputusan yang ayu buat. sampai bila lagi ayu kena ikut aturan yang ayu tak suka??nanti jadi tak ikhlas susah lah!

     Tapi Al-hamdulillah. Allah dengar doa ayu. mak mula tanya ayu pasal interview di tempat kerja yang ayu nak  masuk. tengok... ayu dapat buat mereka setuju dengan keputusan ayu. gembira tak terhingga dibuat ya, tapi ayu kerja bukan sebab nak bebas. tapi niat kerana ALLAH.. In-syaallah..Pasti ada keredhaan Nya.
TERIMA KASIH MAK ABAH! AYU TAK KAN SIA-SIAKAN PELUANG INI...   :)



       SEKIAN  ♥


   

BERSUYUKRLAH WAHAI HAMBA ALLAH

   
                  Assalamualaikum. al-hamdulillah.. Debaran jantung, hati, perut dan abdomen dalaman ayu sudah berakhir. hurm, Semalam ayu dan BFF ayu baru je ambil result SPM kami. Dan macam-macam reaksi dapat ayu lihat. ada yang menyesal,ada yang gembira. Tapi ayu pulak macam mana erk??

                  Siapa cakap ayu tak ada perasaan?ish! ni yang nak marah ni, hahaha.. keputusan ayu agak okey, tak okey lah. ayu gagal dalam mata pelajaran Maths. hurm .. sedih and menyesal lah sebab tak belajar betol-betol. haish! tapi ayu pikir-pikir.. buat apa nak sedih-sedih, lebih baik ayu pikir untuk masa depan ayu.  Yeah! huhu. kini ayu dah dewasa boleh pikir matang dan hanya belajar dari kesilapan diri tanpa melihat buku, kalau dulu, belajar melalui buku.. kalau salah kena rotan and denda. tapi sekarang tidak perlu lagi, hihi. tapi tak bermakna kita dah dewasa kita boleh bebas. kita masih lagi dalam tanggungan ibu bapa kita.Dan tak semua benda yang kita buat ibu bapa suka.. ingat ye kawan-kawan*pesanan ini dibawakan oleh budak yang chumil lagi tembam..ahahaha. perasan pulak*


         2b,3c+,1c,1d,1e,1g. itu lah result yang ayu dapat.   HA?APA? KENAPA TAK DAPAT A??? hurm. A ye lari lah sebab ada dua kaki. so ayu dapat huruf yang tak ada kaki je, ahahaha,, gurau je lah. Bukan ye apa. tahap kepandaian manusia berbeza,ayu ni tak lah pandai mana.. Mungkin salah ayu jugak sebab tak ambil tuisyen tapi ayu bukan dari keluarga yang senang, ayu tak nak beban mak abah ayu, biarlah abang dan adik ayu yang ambil tuisyen.. ayu memang tak suka nak menyusahkan orang lain. sebab ayu cuba untuk menjadi insan yang membangun dengan keyaan hasil titik peluh ayu.*ceh, dah mulalah feel in the blank ye. huhu*



           Ayu bersyukur dengan result yang ayu dapat sekurang-kurang ye ayu dah usaha untuk naikkan gred.
AL-HAMDULILLAH.... dan sekarang! ini lah masa ya untuk ayu mula melakar sikit demi sedikit cita-cita dan impian ayu. doakan ye!




#selamat tinggal sekolah ku. terima kasih cikgu sebab
dah ajar ayu sesuatu yang bernilai dalam hidup.


    SEKIAN ♥




kegagalan hari ini tak bemakna kita akan memalui ye esok, bangkin dan buktikan!



KAMI BFF

       
                     Assalamualaikum. apa khabar para pembaca blog ku? *siapa kah?*  al-hamdulillah, halangan demi halangan dalam hidup ayu kini, dapat ayu lalui dengan pemikiran yang matang. Baru-baru ni ayu kerap keluar dengan BFF ayu.Tapi dengan tiada hala tuju menjadikan masa itu terbuang.Maka disaat sisa-sisa masa yang ada, BFF ayu, si fara tu cadang untuk kemas bilik ayu yang berupa hutan  :o  .. teruk kan? hihi.


             Ayu berkongsi bilik dengan adik ayu so banyak lah barang dalam bilik tu, masing-masing malas nak kemas,terabur je lah, huhu. ayu dilahirkan dengan naluri malas berkemas, kalau kemas pon ala kadar and then pasti akan bersepah balik. Mak ayu dah penat membebel. Ayu pon rasa tak sio nak duduk dalam bilik tu, hahaha.


           Operasi mengemas bilik bermula pukul 4 dan habis pukul 6. fuh! makan habuk lah ayu dalam bilik tu, Ya allah, ayu rasa lembu pon tak mo tinggal dalam bilik ayu, huhu. Masing-masing telah diberi tugas, ayu lipat kain dan mengasing baju yang tak boleh dipakai, Faezah pulak bahagian tudung, kesian dia. melambak tudung ayu. dari pada pashmina,shawl,bawal. haish! cuma tudung salji je tak,*bagaimana kah?* . Tugas fara pulak bahagian susun atur. perrghhh! gaya dia memang orang expert. memang selesa lah dibuat ya, habis semua barang soleh ayu diterjah nya.

            Al-hamdulillah, akhirnya siaplah bilik ayu dibahagian meja solek, yang lain tu kemuadian lah ye. hihi. Ayu akan cuba untuk mendisiplinkan diri untuk berkemas. Mereka bukan sahaja  BEST  FRIENDS  FOREVER  tapi dia orang lah   BUAT  FENOMENA  FAEDAH  bagi ayu. thanks sayang........




                               
#inilah hasil ye, huhu
             
# kami bff


        sekian ♥





Monday 18 March 2013

Tip untuk anda semua


         Assalamualaikum, al-hamdulillah, pagi-pagi ni membuatkan otak ayu sedar dan sentiasa mencurahkan idea-idea untuk berkongsi pada semua, harap dapat lah memberi manfaat. Okey, kalau nak di ceritakkan fasal fashion yang ayu ketahui memang tak banyaklah sebab ayu belum mengisi minda ayu dengan wikipedia lagi,yang ayu sempat hanya lah mengisi perut ayu, huhu




CELANA HAREM: celana harem kembali popular menghangatkan arena fashion tempatan.Ciri fizikalnya  sesuai bagi muslimah yang sentiasa menjaga syariat. tidak terlalu ketat dan selesa diguna si hijabista.


                                                                   

PEPLUM: rekaan kembang dibawahnya memberikan nuansa ceria terhadap penampilan dengan serta merta selain menyerlahkan tubuh kecil dan langsing



                                                                     
Tips untuk bebadan gempal:

  1.   Cari pakaian yang bersesuaian dengan tubuh. sesuai lah dengan pepatah 'ukur baju dibadan sendiri'.
   jangan disebabkan pakaian anda rosak imej islam!
     
2.    Warna yang dipilih haruslah memberi keyakinan pada diri, katakan tidak pada hitam! ya. warna hitam memang sinonim untuk badan yang berbadan besar.TETAPI. ingatlah tidak semua warna sesuai untuk kita.jangan memilih warna yang terlaluu terang kerana ia akan kelihatan seperti umur kita banyak.

3.   Aksesori yang tidak keterlaluan. jangan memakai aksesori yang terlalu sarat dan besar.contohnya: tidak perlulah memakai rantai kalau suadah ada gelang ditangan.

4.   Trend yang bersesuaian.jangan terlalu taksub akan sesuatu acara atau situasi sehingga memilih pakaian yang tidak sesuai dengan keadaan. Haruslah kita ketahui dengan gaya dan masa.


5.  Mix and Match. kalau anda kurang keyakinan. sarungkan baju yang hendak dipakai. dan minta lah pendapat sahabat yang tidak buta fashion. tapi jangan terlalu ambil serius akan komen yang diberi. Cukup sekadar 'ok'.

6.  Corak juga membantu kita untuk kelihatan agak langsing. jangan terlau kosong dan jangan terlalu bercorak, contohnya : baju yang bercorak dipadankan dengan tudung yang plane atau sebaliknya.


7.  Belum cuba belum tahu. Jadikan ia sebagai semangat untuk mencuba sesuatu kelainan.


8.   Bersederhana membahkan kecantikan sifat dan imej kita.'simple is perfect!'





ok lah, itu sahaja yang ayu mampu kongsi. ayu pon bukan banyak sangat tips yang bagus untuk semua sebab ayu belum ketahap fashionista. tapi itulah impian ayu..

               BERFASHIONISTALAH DI MATA MEREKA!
                    kita haruslah kelihatan berkeyakinan dalam pemilihan pakaian.
                    apa yang kita pakai menggambarkan imej islam kerana kita yang membawa
                   dan menyampaikannya. Pakaialah pakaian yang selesa pada diri kita asalkan
                     tetap mengikut syariat dan berwaspadalah!



sekian ♥



                                     

teman yang tak disangka

     

            Assalamualaikum. apa khabar semua? sihat? dah makan? dah mandi?*semua nay nak ditanya,, dah kenapa??  erghh*    al-hamdulillah. sedar tak sedar kita dah sampai ke hujung bulan 3,bulan 4 sedang menanti, peredaran masa sekarang terlalu cepat ayu rasa baru semalam ayu berjumpa dengan seseorang... Siapakah?? hurm. meh dekat -dekat sini ayu cerita..


#Siapakah?
                                                                                                                   


     Kalau ayu sebut je nama dia kat sekolah,hampir 1 sekolah tahu dia ni. Budak nya pandai,comel,sopan santun. alololo. kira lengkap lah untuk abang-abang yang nak mencari calon*abang sahaja ok.*
tapi idak lah dia nak kahwin awal kan,masih banyak kejayaan yang harus dia capai.Exctually hubungan ayu tak rapat dengan dia,kat sekolah pon mana ada tegur dia.. bukan nya ayu nak menyombong tak tentu pasal cuma ayu malu nak tegur dia. ahahaha. ayat diplomatik.. huhu.


     Bila dah habis sekolah,baru ayu mula tegur dia kat facebook, just tanya khabar dan sebagai nya. ayu tergerak hati untuk berkawan semula dengan dia. ayu pernah satu kelas dengan dia masa darjah 5. tapi itu dulu lah. yang sekarang ni dan sekelas balik tidak lah sebab dah habis sekolah, hihi..Ayu berkawan dengan dia bukan sebab nak naik kan publisiti, dan ayu memang tak sangka ayu akan berkawan balik dengan dia sebab kat sekolaha kami, masing -masing ada persepsi. ayu sangka dia seorang yang poyo dan dia pon pikir ayu macam tu. kantoi sudah~


      Apa yang ayu suka tentang dia ni. ayu suka cara dia bergaul, cara dia dreess up,cara dia senyum. tapi itulah, manusia mana yang sempurna kan? ayu hanya suka sikap nya dan jadikan nya sebagai langkah positif untuk merubah sikap yang buruk dimata orang.


    Dan akhirnya, sekarang bila kami terserempak, dapatlah cuit-menyuit,senyum-senyum kambing. kalau tak dulu kalau terserempak pandang bawah je sebab malu nak tegur.

 
    kita tak boleh menilai seseorang hanya melalui kepandaiannya. setiap manusia ada kepandaian nya cuma tahap nya sahaja yang bertahap, tapi itu semua tak menghalang kita untuk mengeratkan silaturrahim.



      sekian ♥  



Monday 11 March 2013

PERSEPSI ORANG

     

    Assalamualaikum semua. sayang apa khabar dengan mu.*menyayi pulak *   hye para pembaca mesti menantikan post baru ayu kan,kan,kan *persan glamour lah aku ni* kali ni ayu nak kita mendalami sifat manusia yang suka memberi pandangan tidak kira secara hadapan atau belakang, kalau yang belakang tu mengumpat lah naman nya. nauzubillah. mintak dijauhkan lah ye.

    Setiap manusia mempunyai pelbagai perangai yang sukar untuk kita fahami namun itu semua lumrah sifat manusia. 'PERSEPSI ORANG'  apakah? bagaimanakah? benarkah?
Amendelah  persepsi tu? resepi ke? haish. bukanlah makcik -makcik sekalian,ayu bukan ye nak cerita pasal resepi masakan atau rumah tangga. haish. pantang beno makcik ni. persepsi tu lebih dikenali sebagai pandangan. contoh nya lah, anda upload gambar di mana-mana laman sosial kemudian ada yang komen baik dan buruk, kita tak boleh nak terus marah atau ambil hati sebalik nya kita muhasabah diri melalui komen tadi tetapi jangan terlalu ambil serius tentang nya tak pasal-pasal jadi gila nanti. Apa yang benar nya? apa yang fakta dan auta nya?Apa yang benar nya ialah kebanyakan manusia pasti akan melenting bila orang lain memberi persepsi yang buruk. haish, itu lah sikap yang tak patu kite tunjuk kan, sepatutnya kite haruslah mengucapkan terima kasih kepada orang itu kerana mengingat kita akan sesuatu yang dilihat begitu tidak baik dimata orang lain.Ayu cakap ni sebab berpengalaman maklumlah manusia ni cepat lupa daratan, terima kasih lah kepada hamba allah itu sebab mengingatkan ayu. kita haruslah bersikap positif akan persepsi orang lain atas diri kita. kawal lah situasi menggunakan akal bukan kemarahan. Manusia cepat berasa puas hati sedangkan tidak melihat kekurangan yang terserlah maka dengan itu mula lah sifat mengeji,mengutuk dan tidak boleh terima teguran. nauzubillah. hindarilah sifat mazmumah ini wahai manusia.


sekian  <3

Wednesday 6 March 2013

MASA UNTUK SERIUS

ada kala ya kita harus serius untuk kebaikan di masa hadapan.

   Assalamualaikum wahai bangsa yang berjaya kerana bangsa yang membaca akan berjaya *insya Allah
ayu sedang serius mengisi perut blog ayu ni sambil mengisi perut ayu yang buncit ini, hahaha. Semenjak bermenjak ni ayu kerap menerima surat tawaran dari Institut pengajian tapi malang ye semua nya Swasta , maklum lah ayu berasal dari keluarga yang bersederhana namun ilmu itu tidak menilai mata wang. HURM, kebuntuan terus menular dalam diri ayu, dah ramai orang yang ayu bertananya untuk kemasukan ke institutsi pengajian yang sesuai untuk ayu, hurm. mengeluh panjang lah nampak nye :( . Ya allah, berilah pertunjuk kepda hamba Mu ni. Ini kali pertama ayu serius untuk membuat keputusan ke masa hadapan ayu sebab pada usia sebegini ayu mula belajar erti dewasa. BFF ayu pulak sibuk mencari kerja,kadang- kadang ayu cemburu jugak dengan diaorang tapi ayu kena jaga hati mak abah ayu mungkin ayu tak bersedia untuk bekerjaya lagi, masih banyak lagi masa untuk ayu mencari ilmu di celah- celah buku di dalam bangunan Pengajian tinggi, namun Emak ayu berat untuk melepaskan ayu untuk belajar ditempat yang jauh.hurm. Ni yang membuatkan ayu hed up! eee.. Kahwin je la kalau macam ni, ahahaha *no.no.no.no*  Ayu dah rancang untuk ke masa hadapan agar dapat menjamin kehidupan yang cerah dengan kerjaya :D  bukan terlalu mengejar duniawi namun ilmu yang ayu hendak miliki insya Allah akan memberi manfaat kepada generasi akan datang.



#antara surat tawaran sambung belajar ke kolej


#manusia hanya merancaang Allah yang tentukan



   sekian <3