Saturday 8 June 2013

KERJA LAGI??


  Hey!Assalamualaikum semua..apa khabar??hurm,,agak lama jugak ayu menyepi kan??sorry lew bzy lah sejak kebelakangan ni *bzy mengalahlkan jaga anak.huhuhu*. Ayu baru dapat kerja baru sementara sambung belajar.Cari duit untuk beli barang raya,buat lesen dan SHOOPING....huaa..huaaa..* memang betol lah orang tua cakap..budak -budak tak boleh pegang duit banyak..choopp!! 'budak kew??' =,=,hihihi*

     Baiklah,kerja ayu kali ni tak perlukan hand glove,tak perlukan alat bedah sawit,dan tak perlua punch kad time masuk kerja.hihihihi...Kerja ayu simple je,jadi casher kedai runcit.hihi.kira okey latu kan?..mana tau lepas ni boleh jadi casher butik ke or CEO syarikat *ceh,,,perasan punye budak*

     Ayu dapat job ni daripada makcik ayu yang tinggal di Bukit Kapar, dia baru nak menceburi bidang perniagaan dan disebabkan ayu penganggur yang jarang makan anggur,so ayu lah yang paling layak dan sesuai dengan kerja tu  *padahal matematik aku pun gagal ni kan pulak jadi casher,tapi aku bukan nya bodoh tahap tadika.setakat tambah tolak,darab bahagi...cis!! KACANGLAH!! apa guna nya KALKULATOR..jangan bazirkan teknologi yang ada,,,,hihihi*

      Sooo....dengan kerja sekarang ni,ayu terpaksalah menetap di Bukit Kapar,rumah makcik ayu selama sebulan pulak tu...haish,,sabar je la..Semua benda ayu nak bawak,sampai penuh beg baju dah macam bangladesh balik kampung!..huhu..Tapi sebenarnya ayu berat hati nak keje sebab fikirkan keadaan rumah ,hurm...kesian mak buat kerja rumah sorang-sorang... T^T tsssskkkkkkk.....BTW    I LOVE YOU MAK!!! thanks sebab bagi ayu peluang kerja lagi..

                         Nanti dapat gaji boleh SHOOPINGGGGGGGGGG barang raya...YAAAAHUUUUUU!!!
   YEA!!!!  Al-hamdulillah..



Sekian♥





Saturday 1 June 2013

I WANT MORE IDEA


    assalamualaikum para pembaca..sihat ke tidak??huhu. kalau sihat al-hamdulillah,kalau tak sihat pergi makan ubat cepat kang tak dapat nak ikuti entry ayu yang seterusnya.kepada folower yang baru masuk kerap-kerap lah tunjukkan muka di bahagian komen,walau pun tak dapat gula-gula dari ayu tapi dapat lah kita mengeratkan hubungan sesama kita dan dapat lah menajana beberapa idea.

     Sejak kebelakangan ni,ayu rasa entry ayu semua macam kosong tak ada penyeri mungkin disebabkan ayu dah kurang membaca,mana tidak nya,ayu ingat bila bercuti kat rumah cousin dapat lah ayu habiskan 1 buah novel tapi tak ada masa,tuptup kina tolong cousin kemas rumah dia tapi sokay la,asalakan dapat pahala.kan.kan.kan*ceh,,ayat bajet mulia je kan,kihkihkih*

    Dah hampir sebulan jugak lah ayu tak beli novel,haish,yang last ayu baca pun pasal fashion.maklumlah kalau boleh ayu nak baca novel yang ada kena mengena dengan cita-cita ayu.Ayu bukan tak suka baca novel cinta mungkin sebab dah banyak pengalaman dan boleh dibuat novel.ceh.ceh..nak jadi bloger atau novalis ni??sudah-sudah lah berangan ye tu ayu oiiii...

   Ayu lebih gemar membaca novel remaja diebabkan jiwa kanak-kanak tinggal sisa dan mula tumbuh jiwa remaja so ayu lebih selesa membaca novel remaja.Tapi ayu agak hairan lah,,kenapa novel cinta lebih tebal dari novel remaja yang berunsurkan jati diri dan cabaran hidup??padahal kalau kita tengok kat tv dimana novel dijadikan sebagai telenovela semua jalan cerita hampir sama.Sama ada masalah keluarga,harta,kawan makan kawan,dll.kita syok je tengok..tapi bila dah sampai klimaks dah boleh agak apa yang terjadi selepas ni..''aaa,,ni mesti si hero jadi macam ni sebab bla bla blaaa''

   Haish,orang malaysia ni dah macam kehabisan idea nak buat cerita kot.tapi bila dah buat cerita macam tak logik pulak,apa yang tak logik ye??yela.mana tak nya,bila gaduh je dah boleh terbang-terbang,dah boleh bertukar-tukar macam cerita boboiboy..*tu kartoon lah ayu,nak tarik kanak-kanak,salah dah ni...*krikkkk...krriiikkkkk..

     Apa-apa jela. asakan ia nya ada manfaat pada penonton.Sekarang ayu kena gigih membaca,mentelaah,dan mencari sumber-sumber ilmu dari mana-mana lah asalkan bermanfaat.see. dalam blog ni ayu suka guna ayat 'MANFAAT' tak apa jadah tah,,entah,entah pembaca pon tak faham apa manfaat tu..

  okey lah,,sampai sini jela.dah malam ni,,ayu kena bangon awal esok kena ikut mak ayu pergi rewang*ayat orang jawa,tak paham tanya google*.kalau ada masa lagi ayu entry k..bye..

Sekian♥

Thursday 30 May 2013

APA MANFAAT NYA??


     Assalamualaikum..salam jumaat..al-hamdulillah.ayu masih lagi boleh menonyoh keyboard ni walaupun sejak cuti sekolah ni agak bz dengan program,,*dah macam ahli jkkkkkk kampung dengan berbagai program,hihi*
 
 ok..kali ni ayu nak entry tentang perkara,perbuatan yang sebelum ni ayu buat.moh kite flash back balik...
hurm,baru -baru ni ayu terfikir tentang hasil dan manfaat atas segala benda yang ayu buat di laman sosial.contohnya video nyanyi,video tutorial shawl,gambar-gambar yang comel *comellah sangat =,=*..
itu semua ayu buat atas dasar hobi dan bukan untuk menunjukkan bakat.ayu hanya sekadar suka-suka untuk meng-upload gambar dan video sampai membuatkan orang menyampah dengan ayu T^T..TAPI....ayu cuma ambil yang positif melalui komen-komen yang agak menginsafkan dan menyadarkan diri ayu dan membuatkan ayu rasa kosong...kosong...kosong..hihi..
 
    Ayu tak boleh nak salahkan orang komen dan suka memberi pendapat yang tersangat bernas nya pada ayu.yela.apa guna ada friend facebook kalau kita asyik nak unfried/block seseorang hanya disebabkan komen yang diberi,pada ayu tak salah kalau kadang-kadang kita mendapat hina atau keje tapi kita jangan hanya mendiamkan diri sehingga dihina tahap gila gaban ahhh...memang tak lah..tu nama nya tempah batu nisan..huhu.

      manfaat..hurm..apa yang ayu nak ulaskan kan,ayu nak buktikan pada semua dengan apa yang ayu upload-upload di laman sosial akan ada hasilnya.jika kita melakukan sesuatu niat kerana allah..insyallaah mudahlah perjalannya kita..ayu tak penat untuk berkongsi apa yang ayu ada,apa yang ayu lalui pada semua sebab tanpa anda ayu ni hanya bayang-bayang imaginasi..walaupun kadang-kadang ada halangan dan persoalan dibuah mulut family ayu..ayu tetap akan buktikan pada mereka yang ayu mampu dan ayu akan buktikan suatu hari nanti.dalam hidup ni tiada penghalang tapi cabaran.


Sekian♥

Friday 24 May 2013

Alololo..buchuk muchuk...


     Assalamualaikum.al-hamdulillah hari ni ayu dapat laui hari yang awesome.Ayu baru balik dari tengok movie,masing-masing menggila dengan perangai yang macam-macam karenah,thank yana,piji and my lovely bff oncey.Apa khabar semua??ayu harap semua sihat lah ye walaupun sekarang cuaca tak menentu.

      Alololo..buchuk muchuk..muahahahaha,okey entry kali ni bukan nak cerita tentang bby or bayi *sama je kan..what the means ha?* cerita kali ni lebih kepada feel in love or sweet in relay.Terima kasih kepada encik hakim erfan yang sudi bagi ayu idea untuk mengupaskan benda yang agak serius dalam sesuatu hubungan*acehcehh,ada gaya pakar perunding hubungan tak?kihkih*

                 APA MOTIF MERAJUK??
p/s:semua jawapan ni ayu tanya antara kawan kat FB ayu.

 Shuurie Shuhaimi : motif dia nak kena pujukla..nak memanja..hahaha
  
Shahrul Patrickstar: Sebenarnya lelaki dengan perempuan sama je nak kan gf/bf pujuk tapi     sebenarnya merajuk ni nak perhatian and bermanja dalam hubungan tapi lelaki kalau merajuk  lama sebab nak uji si gf.


Sara Amin: Depends la..akak bukan jenis kuat meajuk and suka dipujuk tapi bagi permpuan
                  merajuk ni normal.

Syahrizal Akasha :Dosa kalau kta merajuk dengan buah hati melainkan tiada hubungan ya dan    tak perlu kata-kata ugut untuk dipujuk.


Siti Sarah : perempuan merajuk sebab nak perhatian kalau tak dipujuk just mengalah je la tapi kalau lelaki  kena pujuk diaorang time moment dia melting.


Hyunbunyflubber Junior : perlulah ada merajuk ni sebab nanti barulah kita boleh tengok macam mana cara si dia pujuk kita balik then dia akan mengaku kesalahannya sendiri.


huh!segan silu ayu nak tumpang tanya kat diaorang manalah tahu kang tetiba kena marah ke.tapi nasib baiklah friends ayu semuanye okey and soprting..thanks you all.see,jawpan yang dibagi semua lebih kurang sebab merajuk tu lumrah dalam hubungan tapi macam mana nak menyelesaikannya??ha!ni beberapa tip yang dapat ayu bagi.


       TIP UNTUK MEMUJUK SI BUCHUK ANDA:

       -berbincang
       - perbaiki kesalahan
       - berusaha menjadi yang terbaik
       - bersabar dengan karenah si dia
       - jangan sentiasa mengiakan kesalahan si dia
       - slow talk
       -buktikan kebaikan dalam perubahan sikap untuk hubungan* if kalau si dia ada perangai
        yang menjanggalkan.
       -sentiasa beri perhatian
       - berusaha dan berusaha
        -jangan terlalu memaksa.


Kesimpulannya merajuk ni adalah sesuatu yang menjadikan si dia peka dengan keadaan hubungan dan pujuk ni lah yang akan menunjukkan si dia sayang pada kita.Tapi kita juga harus sedia menerima kenyataan sama ada indah atau sebaliknya normal bagi sebuah hubungan ada pergaduhan tapi tak tahu sejauh mana hubungan akan kekal.
  -JODOH ITU RAHSIA ALLAH

Sekian♥



Friday 17 May 2013

SI PENYAMPAI ILMU



                     Assalamualaikum.alhamdulillah,selesai sudah semua plan yang dirancang.tersenyum lebar lah si ketot ni.huhu.eh,,lupa pulak nak tanya khabar..apa khabar semua??say hai!!say hoi!!!*ingat konsert ke??*

      kali ni ayu nak cerita ke arah ilmuan sikit,ceh..huhuhu.. harap-harap adalah manfaat ye k.Sempena hari guru ni ayu dan kawan iaitu fatin dan azira merancang untuk kesekolah.datang senyap-senyap dah macam pencuri,padahal sekolah dia tu.hihi.Kami semua datang untuk meraikan dan memeriahkan lagi sambutan hari guru tapi kalau boleh nak huru-harakan,,hihi gurau je.

    Dengan selamber dog ye kami masuk ke pagar dengan uniform sekolah,gila tal gila lah kan.tapi memang awesome suma tak perasan.Tapi bila dah pecah tembelang satu sekolah kecoh,adeh..malu kita. :3
Di sebab kan plan gila ni lah ayu terpakse carik balik baju sekolah,tudung dan kain,habis satu bakul tu ayu geledah,dah macam bundlle je.Dan disebab keje gila ni lah ayu terpaksa pinjam kasut adik ayu yang lekat-lekat dengan bangga ye melangkah masuk lepasi pintu pagar macam budak sekolah rendah *hai tawan,tawan,,kihkihkih*

  Lebih kurang 2 jam berlalu dengan cikgu membebel kat depan habis sudah program bicara guru dan mula lah pelajar - pelajar bagi hadiah kat cikgu.Ayu pun tak lepas tangan bagi hadiah tapi ada je yang tegur kat sekolah tu,dah rasa macam artis jalan atas red carpet sambil hayun tangan.puih! perasan pulak ayu ni,hihi.

Akhirnya niat pertama ayu selesai sudah.bagi hadiah kat cikgu,salam cikgu,cium cikgu.sedih ye..
T^T.tssskkkk..Tak kisah lah kat mana pun kita menuntut ilmu mesti ada pengalaman yang menyentuh hati.ayu baru sedar ayu bertuah sebab dapat ilmu yang betul-betul bernilai yang disampaikan oleh guru yang penyayang dan sabar.Bila dah habis sekolah lah baru terasa giler....giler doowhhh=,=
apa yang kita lalui di sekolah banyak sangat kenangan..Harap-harap ada keberkatan dengan ilmu yang ayu dapat ni.   :)

           Kemudian bolehlah jalankan misi seterusnya,,hihi..iaitu ambil gambar dengan adik-adik yang tomey-tomey.tapi di sebabkan hujan aktiviti ayu terbatas ada yang tak dapat ayu ambil gamabar dengan budak yang ayu kenal..hurm,,never mind lah..next time boleh lagi,,hihi..



             
#ada muka pelajar form3 tak?
kihkihkih


#fatin dengan ayu time ni kat perhimpunan
#ni lah barisan awek-awek cun SMKRMM.ceh..
tak adalah, nilah wakil adik-adik  ayu di facebook.

                                                      SELAMAT HARI GURU!
Sekian♥




Monday 13 May 2013

Ratu Hati ku


     Assalamualaikum.. al-hamdulillah. kita masih lagi dapat meneruskan hidup,selagi itu lah insyaallah anda semua akan mengikuti cerita-cerita di dunia blog ayu. Masih belum lambat untuk ayu m,engucap kan 'SELAMAT HARI IBU KEPADA PARA IBU DI DUNIA NI,ANDALAH MANUSIA YANG AWESOME YANG DAPAT MEMBESARKAN ANAK DENGAN SEMPURNA''

     Hubungan ayu dengan emak ayu memang agak renggang,ayu jarang berbincang,kalau ada masalah pun sekadar melalui mesej.Minggu lepas ayu meraikan hari ibu dengan belanja family makan dan kek.Dengan hasil duit kerje yang cukup-cukup kentut.Itulah bende first time ayu buat untuk mak sebelum ni ayu just ucap melalui mesej.hihi.. rasa malu pulak bile nak bagi hadiah depan-depan.


       Ayu seorang anak yang manja dan suka memberontak,tapi mak ayu lah yang sentiasa beri nasihat dan pujuk ayu.Tiap kali mak pujuk ayu mesti mak cerita pasal kehidupan zaman remaja nya yang hanya menolong atok ke kebun,zaman remaja mak hanya habis untuk membantu keluarga sebab adik beradik mak ramai,kakak eemak masa tu belajar di asrama jadi emaklah yang bekerja untuk bagi duit belanja.sebab tu lah apa yang ayu buat,apa yang ayu ada jauh lebih banyak daripada emak.ayu tahu emak masih tak dapat merasa erti remaja.Mak ayu pun kahwin diusia yang muda.Lepas ayu dengar cerita zaman remaja mak pasti air mata akan mengalir.betapa untung nya kehidupan ayu yang selalu emak dan abah cuba penuhkan kemahuan ayu.

      Ayu pernah berjauhan dengan emak,masa tu ada kenduri dirumah maklong.ayu tidur sana selama 3 hari dan selama 3 hari tulah ayu tak jumpa mak ayu,malam tu ayu nangis sebab rindu kat mak,rindu kat bebelan mak.ayu baru sedar emak harus dan wajib ada dalam kehidupan ayu.ayu tak dapat banyangkan kalau mak ayu tak ada,ayu belum sedia nak uruskan hal rumah dan adik-adik.'Ya allah,panjangkan umur mak'


Emak ayu seorang wanita yang tegas akan anak-anak nya dan sentiasa menyanyangi anak nya dengan cuba memenuhi kehendak anak nya.Mak ayu lah yang mengandungkan ayu 9 bulan dan masa menagandungkan ayu emak masih menuntut pengajian di Maktab Perguruan.Dengan naik turun tangga menjaga ayu dalam perut,dengan alahannya lagi. Mak lah super dupper women bagi ayu.



                                                   



Sekian♥


Wednesday 8 May 2013

MINGGU YANG AWESOME



              Assalamualaikum. yuhuuuu.. ada orang tak?? apa khabar pembaca sekalian? harap sihat -sihat belaka lah ye.meh lah lepak kejap kat blog ayu sambil makan cucur udang ke,biskot ke.. al-hamdulillah minggu ni apa yang dirancang dan apa yang tak terancang menjadi baik dengan izin Allah SWT.

 huh! Lepas je ayu berhenti kerja,esok nye terus ke sogo untuk shooping, adoi,. bila nak diceritakan pasal duit ni memang cukup-cukup kentut je, hihi. tapi ayu kena lah pandai berjimat.Okey! niat asal ayu ke sogo ialah nak interview untuk model dan pelakon yang ayu jumpa di surat khabar METRO.ianya bawah naungan Puncak Casting & Talent Entertainment tapi niat terbantut setelah dapat tahu kena bayar RM250 untuk training dan sebagainya.Masing-masing berpandangan mata ke mata sebab terkejut atas cas yang dikenakan.Bila dah berbincang dan membuka meja bulat.Ayu buat keputusan ayu tak ambil tawaran yang diberi,hanya aida dengan fatin je yang terima. Ayu harap diaorang dapat lah mencerahkan masa hadapan dengan rezeki sekarang.Tapi sebaliknya.. masa tu ayu baru dapat mesej dari kawan ayu untuk bawak ayu ke bidang model dalam majalah dara.com. Ya allah!!! sungguh ayu tak sangka, tapi ayu tak boleh nak letak harapan yang tinggi sebab belum tentu lagi aku akan diambil sebab pasti ada cabaran nya.sekarang tinggal tunggu shoot then tunggu panggilan dari pihak pengurusan majalah tersebut.

    Bila dah selesai sesi interview.kiteorang pon cari port untuk shooping. penat bertanya tapi dapat jawapan yang sama je. ''adik terus je.nanti nampak lah tempat yang adik nak pergi'' haish, nak patah kaki ayu ni ha. menyesal pakai heels 4 inci.. adoi..Tapi akhirnya sampai juga lah destinasi yang ingin dituju.. and shooping time at Bazar Masjid Jamek. dengan berbakikan duit 70 henggit dapat lah ayu kumpulkan koleksi shawl ayu huhu. rambang mata woo. nak tercabut lens ayu bila tengok harga yang awesome!!Memang syok lah kalau shooping kat situ.


   Pukul 4.45  kiteorang pon gerak  lah ke ktm Bank Negara untuk balik rumah, hampir sesat lah jugak.Ayu dapat bayangkan kalau hari-hari kat sana confirm boleh kurus, huhu.. Masing-masing  buat muka gwiyomi sebab keletihan bila masuk je kat ktm tak dapat duduk pulak tu.. erghhh! rasa nak baring je kat lantai tu..hihi.sampai rumah je mandi then tidur. tapi sebelum tidur losyen mustajablah doktor ayu. ayu tonyoh pada  kaki ,,huh! lega rasa nya.*thanks syg,muah*


     Banyak pengalaman yang ayu dapat sepanjang perjalanan ke kl walaupun singkat
.kita tak perlulah berbelanja mengikut hawa nafsu untk cantik sedangkan kita sendiri dicipta oleh Nya dalam keadaan yang cantik.dan tak perlulah over the vouge disebab nama tempat atau keadaan tempat,kita yang membawa identiti kita di mana-mana asalkan kita tak lupa daratan.


#nilah aida. dia yang bersemangat ajak ayu
ke interview

#kasut ni lah yang ayu pakai masa ke kl,
balik nye pinjam kasut aida sebab tak tahan sakit
#ni masa kat baza masjid jamek


#masa makan di sogo




#masa balik cari jalan

#ni pon masa kat bazar masjid jamek,
orang sibuk lalu lalang
kiteorang sibuk bergambar ala-ala artis
:3


sekian♥

pada pembaca, doakan ayu dapat job kat majalah dara.com okey. ayu harap apa yang ayu buat di facebook,apa yang ayu pakai,apa yang ayu melaram selama ni ada hasilnya dan tak sia-sia sebab itu lah jiwa si pencinta photo.