Tuesday 30 April 2013

SEBAB TAK CUKUP UMUR


 
 Assalamualaikum,selamat pagi semua,celik mata,celik minda lepas baca blog ni, insyaallah. Al-hamdulillah hampir sebulan ayu bekerja keras sampai keluar peluh naik turun tangga ditempat kerja , dan akhirnya dah nak dapat gaji,, yea!!! SYOK YANG TERSANGAT *sambil lompat atas katil *

     Banyak benda yang ayu perlu pikir kan lepas dapat gaji,dengan nak bayar hutang mak,dengan nak beli keperluan untuk sambung belajar, dengan nak belanja kawan,family. adoi.. pening ye.. Dengan RM650 macam mana nak bahagikan ye. tu pon belom tolak cuti. Hampir meletup otak ni ha. Haish!

    Bila dah bekerja ni baru lah rasa macam orang dewasa sebab dapat pegang kad bank sendiri tapi orang lain musykil je tengok ayu cucuk kad bank ATM. macam ia tak ye je budak ni kan..haish,, tu lah maka ye kalau budak belum cukup umur bahaya pegang duit banyak-banyak kang habis duit ayu,ayu beli lolipop.hahahaha..*ocak gigi*

  Ayu ingat lagi masa first time buat kad bank.Pekerja ye sampai nak kan surat beranak sebab belum cukup umur Dan disebabkan belum cukup umurlah ayu kena bayar lebih untuk buat kad bank sebanyak RM250.00. bukan sikit banyak tu kalau beli baju pon dapat 5 pasang huhu. Jadi mak ayu lah yang terpaksa menjadi pelabur saham ayu yang terseberapa ni ha. Sayang mak. huhu. Tapi bila dah dapat gaji nanti kena lah bayar balik, adoi.. pokai ni ha. elok-elok dompet tebal tetiba je kurus sebab bayar hutang.


   Jadi mana yang berhutang tu jangan lupa lah bayar. 'PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR,HUTANG ORANG JANGAN LUPA BAYAR' *pesanan ini dibawakan oleh ayu wahidah.huhu*

     
#ada nampak kurus tak??huhu*perasan je*
pendek ye tetap sama
:D

sekian♥ 




Tuesday 23 April 2013

KERJA YANG TAK BOLEH BELAH..


    Assalamualaikum semua.. al-hamdulillah akhirnya dapat jugak ayu popet-popet kat blog ayu ni setelah sekian lama meninggalkan mu..mu?? *sewel sudah menjelma,,puihh*  sekarang umur ayu dah 18 tahun ,walaupun belum cukup bulan sebenarnya ..hahahaha.. Kini ayu sedang bekerja keras untuk mendapatkan duit poket disamping itu juga bekeras untuk memerah otak untuk membahagikan masa  bekerja,sahabat dan keluarga.. Adeeehhhh.. macam ni rupanya mak abah ayu kerja tak kira masa.penat seyh! lagi syok sekolah tapi sampai bila nak sekolah je walaupun umur dah meningkat tapi tingkatan dan tinggi tak meningkat. hanya berat badan je yang meningkat,otak cetek paras buku lali je.. huhu.

   Kerja ayu memang memenatkan mengalahkan kerja buruh kasar*poyorr je* . Tak ada lah,ayu gurau je. tak adalah memenatkan cuma sakit-sakit badan normal lah kan.Tapi kerja ni membuatkan muka ayu lebih kusam bila tak pakai make-up. Ayu kerja kat lab bahagian pembiakan kelapa sawit, *kalau tak tahu kelapa sawit tu apa.sah anda bukan orang kem-pong.*
Ayu masuk kerja pukul 7.45 balik pukul 3.30.memang kejar masa tak terbazir lah masa tu,haish. dulu pagi-pagi dah nampak matahari,sekarang pagi-pagi nak nampak matahari pun susah.Dulu bangun lepas azan subuh sekarang bangun sebelum azan subuh.mana tak ye. pagi-pagi sayu lagi ayu dah mengayuh basikal ke rumah kawan sebab tumpang kakak dia ke tempat kerja. Sekarang ni kerja untuk dapatkan duit dulu tak buat kerja pun dah dapat duit(duit belanja). sekarang segan silu lah nak mintak duit belanja kat abah. hihi.

   Masa awal masuk kerja ayu target nak kerja sampai bulan satu 2014 tu pun kalau tak dapat panggilan belajar. Tapi tak sampai sebulan je dah nak berhenti macam dah cukup sangat je pengalaman bekerja. huhu. orang yang kerja kat tempat ayu ni memang jiwa kental lah wa cakap.mana tak ya relax je bila kena marah,kena bebel.kalau ayu,haish.. memang dah siat-siat je mulut stuff tu.sabor je la.

    Kini ayu hanya menghitung hari je untuk berhenti kerja,huahuahua. biasa lah,budak sekarang memang suka tukar-tukar kerja.sekejap nampak kat tesco,sekejap nampak kat kedai makan,sekajap nak kat situlah sini lah.memang betullah apa yang cikgu ayu cakap.Apa yang ayu perlu buat sekarang fokus kerja dan tunggu panggilan sambung belajar je.Tak sabar gila nak bergelar seorang pelajar.huhu.


                                 
#muka budak lepas balik kerja terus ke MCD

                                                       
sekian♥




Tuesday 2 April 2013

CITA-CITA



       Assalamualaikum. apa khabar semua??cik abang,cik kak,mak jemah,pak kasem..*semua nak disebutnya!*  al-hamdulillah semua sehat dan masih lagi mengikuti dunia ayu yang purple bak anggur yang namun,*mmmm,terliur pulak* .Insyaallah selagi ayu dirumah dan belum start kerja*kerja apa??nanti ayu certa k..tungguuuuuuu~* ayu akan sentiasa meng-up date cerita kehidupan ayu di alam maya ayu iaitu dunia si pencinta photo! ha! gah gituu~hihi.


      Okey..siapa ada cita-cita?*kalau tak ada bukan manusia nama nya..huhu. gurau ja* mesti adakan.sejak dibangku sekolah lagi kita sudah didedahkan erti cita-cita oleh cikgu, kan?jangan bohong..hihi.

    Begitu jugak ayu,seorang manusia yang mempunyai cita-cita.asal cita-cita ayu nak jadi pensyarah nak ikut mak ayu yang sebagai cikgu,tapi pensyarah agak up la*poyo kan?* tapi pensyarah pon tah kemana ayu pon tah kemana sebab bukan senang nak jadi pensyarah.kalau pelajarnya bongak tahap kayu api.Last-last ayu tukar lah cita-cita yang tinggi tu. Kemudian ayu berangan nak jadi polis.hahaha..gempak tak. hihi. TAPI! ayu sentap bila kawan ayu cakap ''mana ada polis pendek macam ko.kang orang pikir ko ni polis peringkat sekolah je *kadet polis*''  haish!sodeh ayu dibuat nya *patah lah hati..merajuk tak sudah.....*
geram je ayu rasa. nak je bako mulut kawan ayu tu,tahulah ayu ni tak cukup inci. haish!  >,<


      Selepas kejadian tu, ayu malas nak pikir pasal cita-cita.sampai lah ayu jatuh cinta pada fashion. ayu memang pencinta,peminat dan pe pe pe yang sama waktu dengan nya.Dan ayu rasa itulah hala tuju ayu.Ayu nak belajar pasal fashion kat KOREA,insyaallah..


ALASAN:
   Kenapa ayu minat fashion? okey.ni jawapan lengkap dan padat ayu.huhu. fashion umpama sahabat bagi kaum hawa tetapi akan menjadi pemusnah diri kalau kita melanggar syariat islam.Ye..sekarang wanita muslimah rancak membawa kan imej islam dalam fashion tetapi adakah ianya mengikut syariat?Ha! itulah yang akan memburukkan keadaan.secara tak langsung orang yang memandang tidak dapat membezakan cara pemakaian agama islam dengan agama lain.harap dijauhkan lah ya.seterusnya,pakaian yang berfashion ini hanya mengikuti saiz yang kecil sahaja.kalau ayu jadi fashion design.insyaallah, ayu akan buat pakaian untuk yang berbadan besar sahaja, bukan ayu nak menggalakkan obesiti dalam kalangan wanita di Malaysia, ayu cuma nak memberi semangat pada wanita yang bersaiz besar untuk bergaya dengan betul dan mengurangkan kadar wanita muslimah yang berpakaian melanggar syariat akibat saiz.ayu nak jadi seorang insan yang beri manfaat baik kepada semua. insyaallah.


    Jadi.mula dari sekaranglah ayu kena melakar,sikit demi sedikit cita-cita ayu.Doakan ayu okey!



#inilah hasil kreativiti ayu




                                             
#saiz dan ketinggian bukan pengahalang untuk berjaya


 Sekian♥