Friday 22 February 2013

ilmu yang bermanfaat

ilumu yang diberi oleh guru akan memberi manfaat kepada muridnya suatu hari nanti   :)


    Assalamualaikum,alhamdulillah, ayu masih diberi kesempatan untuk meng up date kisah suka - duka ayu di blog ini. semua sihat? dah diner?jum lah candle like diner dengan ayu.banyangkan kita diner ditepi pantai sampil menghirup udara malam yang menjadikan suasana romentik * alololo, berangan sahaja lah budak ni *

  Pada hari rabu lalu, ayu ke pasar di kediaman ayu, tengah syok temankan Fara beli ais krim sambil menyedut air cendul campur tiba-tiba ayu nampak kelibat seseorang yang ayu kenal sangat.DAN! tak salah lagi, orang ya adalah TEACHER ZAUWIYAH   iaitu cikgu bahasa inggeris ayu. Apa lagi, ayu dengan muka tak malu nya menyapa Teacher dengan penuh rasa teruja. Ayu dengan Fara pun salam tangan teacher. Kami hanya beborak buat masa yang pendek sahaja sebab keadaan tak mengizinkan. Teacher Zauwiyah lah yang banyak membantu ayu dalam mata pelajaran Inggeris. Dia tak pernah penat memberi sokongan sebelum masuk dewan.


   KENANGAN DAHULU...............
ayu cuba mencari-cari kenangan yang melibatkan hubungan ayu dengan teacher, Satu kelas suka dengan teacher zauwiyah sebab perwatakannya yang begitu lembut dan baik hati. Tahun lepas,tiap kali Hari guru menjelang ayu dangan Faezah mesti sibuk ke kedai tudung untuk memlilh tudung untuk menghadiah kan kepada teacher,walaupon harganya tidak terlalu mahal tapi sekurang-kurang nya memabntu teacher untuk digayakan ke sekolah. Sampai sekarang ayu maih simpan hadiah yang dibagi oleh teacher semasa ayu dapat naikkan markah.





#inilah teacher zauwiyah.comel kan?
:)




  SEKIAN <3


Thursday 14 February 2013

MASA TERLUANG


masa itu emas. kalau awak nak pinjam masa ayu, bayar balik dengan emas. okey?  :P

  Assalamualaikum, hye para pembaca bloger ku. Buat apa? dah minum? dah makan? dah mandi? *semua nak ku tanya, bila nak publish? *  Semenjak ayu dah habis sekola ni, banyak masa terluang ayu di rumah. hurm.. daripada ayu buang baik ayu kutip sisa- sisa waktu itu untuk membuat perkara yang berfaedah.
Bercerita kan tentang waktu terluang,,,,, ayu baru sahaja mengisi waktu tersebut dengan keluar dengan BFF ayu dan adik angkat ayu. Pada mula ya memang agak mengejar waktu tapi kami sempat menyiap kan satu projek * jeng,jeng,jeng,jeng.. siap ada muzik lagi, hihi *   Hari ni ayu mampu menyiapkan rakaman video ayu menyayi. tapi ayu tak tahu lah okey ke tak, sebab dah lama ayu tak buat video.Tapi ayu harap diterima lah oleh warga penonton.. AMIN ~


    LAGU APA?
kalau nak cerita pasal lagu, hurm sampai subuh ayu memikirkan nya, tapi ayu just ambil lagu NAJWA LATIF - SAHABAT sebab lagu ni special buat ayu. walaupon ayu ramai kawan di dalam alam maya *FACEBOOK. * tapi tak semua nya sombong, diaorang banyak support ayu,sentiasa memberi kata - kata yang memberangsangkan ayu untuk lakukan apa yang ayu nak capai.Contoh ya.Kak sara amin,Ahmad Dzulkafar Fikri dan adik - adik angkat ayu yang lain. diaorang banyak membantu ayu dari segi keyakinan.
Alhamdulillah sebab Allah memberi ayu kawan yang begitu ambil berat tentang ayu walaupun kami berhubung di alam maya sahaja.


     NAK TIRU MACAM NAJWA LATIF LA TUH..
ayu tetap ayu, ayu bukan nak jadi penyanyi yang terkenal dari laman sosial seperti Najwa Latif, Ainan Tasneem atau yang lain, ayu upload video tu hanya suka - suka dan ayu hanya menjadikannya sebagai hobi.


    KENAPA TAK MAIN GITAR SENDIRI?
dalam video yang ayu buat ni ayu memperkenalkan adik angkat ayu sebagai pemain gitar, ayu tak mampu ingat kord  gitar dalam tempoh yang singkat,. tahap ingatan ayu cetek. sebab tu ayu mintak tolong adik angkat ayu untuk mainkan gitar untuk ayu. Pada mula nya dia agak terkejut tapi alhamdulillah, dia okey je. :)


   KENANGAN?
okey, ayu kali ini tak dapat nak fokus sebab BFF ayu tak henti-henti buat lawak. menghabiskan masa je,, haish!  sabar je la. ayu ada jugak ajak kawan ayu untuk bernyayi sekali tapi dia tak berapa minat dengan lagu yang bakal ayu dendang kan. * ceh, ayat pujangga terkeluar pulak *


  APA YANG ISTIMEWA YA LAGU SAHABAT TU?
ayu mememang salah seorang peminat Najwa latif  tapi tak salahkan ayu minat dia? bukan dasar minat ayu terhadap dia ayu nyanyi lagu dia.. bukan, Dalam sepanjang alam persekolahan ayu. ayu dapat kenal erti sahabat. Bagi ayu sahabat itu insan yang Allah hadirkan untuk kehidupan luar tanpa keluarga. Kalau seorang sahabat yang baik ia nya takkan membawa kita ke arah keburukan sebalik nya memimpin kita ke jalan yang cerah tanpa kegelapan * dah macam tazkirah pulak, hihi *


  ''sahabat yang baik sentiasa di dalam ingatan, jadikan ayu sebahagian di dalam ingatan kamu''

 SEKIAN <3              



Tuesday 12 February 2013

BERMAIN DENGAN JARUM

jarum, benang, pita ukur, mmmm. boleh ke?

     Assalamualaikum dan selamat tengah hari.makcik-makcik dah siap masak? ada masa terluang baca lah blog ayu. eh. tak lupa juga pada adik,akak,abang,pakcik,atok,nenek *semua ayu nak sebut, bila nak publish, hihi *  dengan hati terbuka dan otak sedang mencangkul idea di lubuk minda, ayu dapat memenuhkan lagi blog ayu dengan kehidupan ayu semua ye benar belaka, ''no cant fake me'' akahkahakah.
pekerjaan apa yang bermain dengan jarum?  HA?? PAKAR BEDAH? ish, ada lah selain itu. MENJAHIT BAJU. ya, itu lah yang ayu sedang usahakan sekarang ni. hurm,, kalau ayu jadi pakar bedah.hurm, masuk bilik mayat pun dah bergetar kang terkucil - kucil ayu dibuatnya. hihi.

      Pada mulanya ayu tak nak mengikuti kelas menjahit ini sebab atas dasar permintaan mak abah ayu, ayu ikut je la. Tapi bila ayu pikirkan lebih mendalam ayu nampak jelas ada kena mengena dengan cita - cita ayu.
kalau kita nak belajar sesuatu yang melayakkan kita berjaya di masa hadapan tidak guna kalau tiada pegangan asas nya kan? ayu percaya atas semua usaha yang mak abah ayu buat untuk ayu pasti akan berjaya. ayu tahu kenapa mak abah tak lepaskan ayu untuk bekerja. mungkin dengan keredhaan mak abah dapat membantu ayu berjaya. Dan sekarang ayu mampu menghasilkan baju kurung sendiri.Ilmu yang bernilai ini ayu tidak dapat ditanding dengan wang ringgit.Ayu tak kisah dengan apa kata - kata kawan ayu asalkan ayu terus melalukan sesuatu kerja dengan keredhaan mak abah.Ingatlah mak ayah kita tahu apa yang terbaik untuk anak nya. :')




#inilah hasil kerja tangan ayu.
macam mana makcik? pas tak? hihi




SEKIAN <3


RINDU YANG MEMBUAK - BUAK

    tepi- tepi ombak yang bersertakan rindu datang, ;D

   Assalamualaikum, hye. makcik- makcik, pakcik, adik, abang, akak. meh-meh baca surat yang tak berkhabarkan berita dunia luar, ini hanya menceritakan tentang kehidupan gadis yang mencitai photo + shoot. hihi *perasan pulak *. Ayu gembira sangat hari ini, sebab dapat jumpa bff ayu. dah seminggu kiteorang tak berjumpa, berjenaka. haha. masing- masing dah meroyan bagai kematian suami, huhu. rindu ya bff ayu sampai post kat wall PASEBOOK ayu yang merepek dan jiwang-menyawang, haha.tapi alhamdulillah bila jumpa tadi dia okey. kihkih. dia buat ayu menggelabah tak bertempat mana tak ya tetibe je nak jiwang dengan ayu, selalu ya rock je.haha.  HA!! alang- alang dah ayu cerita tentang rindu biar ayu buat ombak ye sekali, hihi. gurau je, makcik dan semua jangan marah ye.  okey. kita jangan lari dari tajuk  *fokus, fokus ayu.. ergh.. =,=  *
     Ayu pernah rasa rindu yang membuak- buak kat BFF ayu. masa tu cuti hujung tahun bulan 12. ayu ikut sepupu ayu ke kem dalam 2 minggu macam tu. kem ye dekat kapar memang jauh lah dari BFF dan keluarga ayu. Tiap malam ayu akan call diaorang sebelum tidur.bila dengar diaorang gelak terubat rindu ayu. hihi. ayu tak tahu lah kenapa hubungan kiteorang rapat sangat. hurm. tapi diaorang mungkin sahabat ayu dunia akhirat.


   Rindu yang terombak.
bila ayu dah habis dari alam persekolahan. ayu mula belajar erti kehidupan, ayu cuba menjadi seorang gadis yang lebih matang melalui waktu lalu. bila dah mula menjadi pertengahan remaja ayu dah tak dapat nak berpakaian seragam sekolah lagi * sob, sob, sob * sedih ya. tapi kehidupan ayu yang sekarang makin membosankan bagi ayu sebab tak dapat kerja hanya mampu menunggu masa untuk keluarnya keputusan SPM. Ayu harap keputusan ayu cukup baik walaupon rasa menyesal pasti akan menghantui tapi nak buat macam mana, pasrah je lah.Tapi jauh di lubuk hati ayu. ayu tak mampu menjadi seorang pelajar yang baik dimata cikgu sebab tahap kepandaian ayu sedikit mungkin kurang makin kismis kot, hihi. ayu sebenarnya cemburu dengan adik -adik yang masih sekolah, mereka masih dapat mengenal erti kegembiraan.ayu rindu suasana dalam kelas, ayu rindu usik kawan ayu. hurm. tapi apa kan daya, takkan ayu nak sekolah lagi walaupon usia meningkat. Harap suasana di kelas terus menjadi perbualan sang rindu dihati. :')


SEKIAN <3



# rindu ye kat sekolah, hanya
mampu lalu tepi jalan je

                                                 


Sunday 3 February 2013

idola hidup si pencinta photo

''idolah adalah seseorang yang kita berpandukan dalam hidup untuk berjaya''-pandangan ayu  :P

        assalamualaikum semua..hai..apa khabar??diharap semua sihat belaka and bertambah comel dan manis hendak ya. semua orang pasti ada idola kan?ha! begitu jugak dengan ayu.


  MENAJADI KEBIASAAN:
apa yang menjadi kebiasaan ye?.. ''nabi muhammad adalah idola saya'' . dulu kalau cikgu atau ustaz dan ustazah tanya siapa idola kita, mesti kita semua jawab macam tu kan? sama lah dengan ayu. ye, memang betul nabi kita memberi banyak pengaruh dalam hidup seperti amalan - amalan sunat yang kita lakukan di setiap hari tapi kita manusia memiliki tahap iman yang pasti akan berubah kan? tak slah kalau hidup kita berpegang pada sunnah nabi muhammad s.a.w  . ayu juga menjadikan baginda sebagai idola di dunia untuk keberkatan di akhirat.. ~ AMIN  :')


   ARTIS :
ini adalah suatu kebiasaan bagi remaja sekarang, ya, ayu pon remaja dan ada menjadikan artis sebagai idola tapi idola untuk kearah kebaikan contoh nya dari segi usaha ya untuk berjaya.kita mampu menilai baik dan buruk.

  SIAPAKAH IDOLA KU?
pasti semua tertanya- tanya siapakah idola ayu? ayu memang minat sangat dengan seorang bloger ini. yang kecik molek dan comel. pasti semua kenal. ASMIDAYU ZULAIKHA @ YUYU ZULAIKHA.
dialah idola dalam diri ayu. yang membangkitkan semangat ayu yang berkobar- kobar untuk meneruskan hidup yang penuh duri * dugaan*. ayu terlalu takjub dengan kak yuyu dari segi pemakaian dan bahan bacaan ya yang berkonsepkan santai untuk mendekati para pembaca.


   APA YANG SAMA?
semua orang tahu yang kak yuyu seorang gadis yang bersaiz kecik molek. walaupon saiz badan ayu tak sama dengan kak yuyu tapi ketinggian kami hampir sama. ketinggian kak yuyu 140 cm ayu pulak 141 cm, ye.. walaupon hanya beza 1 cm tapi kami antara yang rendah di kalangan rakan. kak yuyu jugak ada parut kat dahi macam ayu. dan kak yuyu mempunyai tahi lalat dibawah bibir macam ayu jugak. tapi ayu tak cakap yang muka ayu 100 % sama macam kak yuyu mungkin secara kebetulan sahaja. :D


   APA YANG AYU SUKA TENTANG KAK YUYU?
ayu jadikan kak yuyu sebagai idola dari segi semangat ya untuk berjaya dalam hidup walaupon bersaiz begitu tapi hati nya tetap besar untuk menghadapi dugaan dunia. ayu suka cara penulisan blog dia yang menampak kan dia seorang yang periang. ayu suka cara penampilan dia, dia tetap menampilkan konsep 'sweet' dan sesuai dengan diri ya yang periang. ayu paling suka dengan rupa dia.manis gitu.


  MENCARI DAN MENCARI?
apa kena mengena??ada, ayu dapat tahu kak yuyu menjadi cover girl di majalah DARA. dan ayu begitu teruja,ayu sanggup pergi jauh semata-mata nak memiliki majalah yang bermukakan kak yuyu zulaikha yang kiut- miut itu.dan akhir nya ayu dapat memiliki nya. keghairahan ayu untuk mencari buku tersebut hingga berkilometer sedangkan buku tersebut ada dijual di sekitar kediaman ayu.bila dah dapat buku DARA yang berwajahkan kak yuyu, ayu terus berangan - angan untuk menjadi seperti kak yuyu walaupon ayu sedar ayu tak secomel kak yuyu tapi itu tidakkan akan melunturkan semangat ayu.  :)

# inilah buku yang ayu cari- cari.



# inilah rupa pemilik blog sang kupukupukecil

#sekali pandang pasti suka
:D



  HARAPAN
ok, ayu harap kak yuyu terus memberi inspirasi dalam diri ayu walaupon ayu tak kenal kak yuyu secara pribadi tapi ayu harap kak yuyu terus menjadi idola para remaja muslimah sekarang.


SEKIAN <3


Saturday 2 February 2013

bestie forever

 #page ini hak milik ayu waheedah *hahaha*
sebenarnya page ini special untuk kawan ayu, ZULIANA  atau dikenali sebagai YANA.


     Assalamualaikum, sekali lagi ayu mengisi blog ini dengan cerita kehidupan ayu yang meningkat pertengahan remaja. masa remaja ni lah lebih meluangkan masa bersama kawan- kawan,ayu teringat masa ayu sekolah rendah,darjah 6.masa tu ayu,fara,zuliana,aqilah dan jazshira,kami terlalu rapat dengan itu kami pon buat lah ala-ala adik beradik angkat..kenangan itu masihh ayu ingat.Dengan ada ye masa terlebih * takut membazir* ayu pon cadang untuk keluar dengan diaorang dan baru - baru ni ayu baru hang out dengan salah seorang adik beradik ayu..YANA. kami *photo shoot * dekat rumah ayu. macam-macam ragam yang timbul,huhu. Yana datang  rumah ayu sebenarnya nak belaja make up dengan ayu *macam profesional pulak * .si yana ni excited sangat sampai suruh kejutkan. ayu kejut kan pukul 7 tapi bangun ye pukul 9,kelam kabut di buat ye dengan nak masuk kerja pukul 11.keisan dia tapi dengan hasrat berkobar-kobar dia tetap datang. pagi-pagi lagi dah terjah kampung dengan menunggang moto E kali 5 (EX5).
 

     PERSIAPAN
 dengan teruja ya, ayu keluarkan semua bahan-bahan yang hendak ditepek ke muka yana. terkejut dia dengan koleksi make up ayu. *rambang mata?*


     ADA GAYA?
ayu tak tahu lah nak make up dia konsep apa.hihi.ayu bukan PRO sangat bab conteng- conteng muka orang, yana tinggi, ayu rendah..hurm, terbongkok-bongkok ayu TOUCH UP muka dia.haha..sabo jela..


                         



#n lah hasil contengan ayu kat muka YANA


#macam-macam gaya dibuat ye

#antara versi yang dilakukan

#tak tahu nak posing macam mana lagi

      Lepas habis ye aktiviti tu kami pon cadang untuk keluar picnic dengan yana, memang awesome lah.
*PANTAI* yeah! aweseome place. memang sesuai dengan jiwa,angin sepoi-sepoi bahasa,haha
dengan tak ada lesen ye alahmdulillah selamat pergi balik tanpa di kejar dengan abang polis yang nakal..haha.sampai sana je kena ngorat dengan mamat-mamat yang lalu- lalang,ergh,,rasa malu mula menyelubungi diri, nak aje ayu tutup muka ayu dengan skirt ayu,haha.



  PAYUNG?
kami sempat beli payung yang berwarna warni di kedai serbaneka 24 jam *7 ELEVEN*. tapi bila dah sampai sana. ada pulak panyung ye,,haish,,sakit pulak hati kite..tapi berbaloi lah jugak dapat payung yang sweet warna ye..

    BELON BUIH ATAU LAYANG-LAYANG?
sampai sana je dah tak tahu nak buat apa..kalau cuci mata 1 round ok la.biasa ya orang yang datang ke tempat macam ni cuma mandi. nak mandi tapi keadaan tak mengizinkan so kami cuma ada dua pilihan je..
main layang-layang?hurm. tak manis pulak orang tengok anak dara lari-lari untuk terbangkan layang- layang. JADI! kami main hanya main belon buih,,haha. walaupon bunyi ye agak kanak - kanak. tapi seronok.


    AWESOME 3D
setiap perjalan hidup ayu pasti diiringi dengan camera comel ayu.untuk aktiviti luar ayu guna konsep 3D. gambar ya memang cantik, penuh memori kad camera   :D


#inilah antara pic semasa di pantai



#awesome 3D
# awesome 3D
#awesome 3D
#awesome 3D


SEKIAN, <3



percutian yang panjang

#fuh, fuh, fuh..dah berhabuk blog ayu ni,haish, agak lama lah jugak ayu membiarkan blog ni.maaf lah,jangan marah ye..

     assalamualaikum, hai, apa khabar semua? sekian lama ayu mendiam kan diri..huhu..semua orang tahu kan ayu sekrang berumur 18 tahun??ha?! ni yang nak cerita kehidupan ayu selepas habis ye alam persekolahan. *ternyata tak seperti yang ku bayangkan*ahakahaha..

   MAKAN--->TIDUR?
 tak adalah sampai macam tu.bila dah duduk rumah sepanjang bulan ni,ayu diberi tanggungjawab untuk menguruskan syurga di dunia(rumah),tapi ayu tak kurus- kurus pulak.hihi..*BASUH KAIN,MEMASAK,MENYAPU* itulah kerja harian ayu,dari pagi hingga tengah hari.Tapi tak apalah,ia nya melatih ayu menjadi anak dara yang cekap menguruskan rumah,mana tau tengah sibuk kemas rumah tetiba ada orang datang meminang,hahaha  *berangan punya budak   :P *


    KERJA?
ok,itulah perkara yang ayu idamkan sebelum habis nya paper SPM hari itu,tapi apa kan daya, tiada restu mak and abah ayu,*sob, sob, sob   :'(  *   sedih ye..kawan-kawan ayu semua dah kerja,untunglah, TAPI..bff ayu ni, cuma kerja 1 hari je, mybe itu lah sebab mak and abah tak bagi ayu kerja. *mak ayah mesti nak yang terbaik untuk anak-anak ye*


   FACEBOOK?
     itulah kerja harian ayu,menyemakkan gambar dalam wall.
*ONLINE --------->  UPLOAD GAMBAR ---------> OFFLINE*
itu jelah yang mampu ayu buat,masing-masing malu nak tegur ayu,


   PENGISIAN HARI DENGAN ILMU?
     ada lah satu hari ni,ayu ikut bff ayu satu kursus KOPERASI DAN PENGURUSAN PERHOTELAN
macam tak kena je dengan ilmu yang ayu nak timba tu, walaupon tak mengalir dalam diri untuk ke bidang perhotelan ayu tetap menghadiri kursus itu daripada asyik terperuk dalam bilik dengan *facebook jew *
dapat jugak ayu mengisi otak ayu yang dah bersawang tanpa ilmu ni,tetiba pulak hari itu memegang pensil,dah lama tak menulis..huhu.*teruja ye rasa *
    
# ini masa ayu mengikuti kursus tersebut..


#gula-gula lah menjadi teman ayu.terus hyper ayu dibuat ye


#sahabat ayu



#kena cucuk hidung dengan pensil




     KAHWIN KALAU GAGAL SPM?
ha! ini lah selalu keluar dari mulut ahli keluarga ayu.adoi~  ayu paling tak suka kalau nak suruh kahwin paksa,tabahkan hati jela,*mungkin mak ayu dah ada calon kot?*  oh tidak!! no! NO!!
   


    PERTANYAAN YANG KERAP DITANYA ''buat apa lepas SPM? tak kerja?''
inilah yang biasa ditanya oleh masyarakat yang prihatin,kadang-kadang naik menyampah lah jugak bila ditanya soalan yang sama.apa ayu buat?? hurm,,,, ''TENGAH TUNGGU ABANG POSMAN HANTAR SLIP SPM KE RUMAH'' itulah jawapan ayu,haha..nampak tak? dilayan V.V.V.V.V.I.P   :p

 
    HUBUNGAN PERSAHABATAN
walaupun dah habis sekolah,alhamdulillah, hubungan kami makin rapat kalu boleh hari-hari nak keluar, huhu
makin banyak kenangan yang dicoret di ingatan bila kerap keluar,macam-macam aktiviti kami buat * MASAK, TENGOK WAYANG, KARAOKE, PICNIC, SHOOPING*
itulah yang dilakukan oleh kami bertiga lepas SPM.sampai boyfriend kawan ayu jelez dengan kami, hari- hari nak keluar.*merasa lah nasi minyak kawan ayu jap lagi,,huhu* sampai nak sambung belaja pon kena 1 kolej,kami dah macam adik - beradik .*di mana ada fara pasti ada ayu lalu diikuti oleh faezah*






 # ni masa kursus hari tu






                                               
# time picnic



    sekian,terima kasih  <3