Tuesday 2 April 2013

CITA-CITA



       Assalamualaikum. apa khabar semua??cik abang,cik kak,mak jemah,pak kasem..*semua nak disebutnya!*  al-hamdulillah semua sehat dan masih lagi mengikuti dunia ayu yang purple bak anggur yang namun,*mmmm,terliur pulak* .Insyaallah selagi ayu dirumah dan belum start kerja*kerja apa??nanti ayu certa k..tungguuuuuuu~* ayu akan sentiasa meng-up date cerita kehidupan ayu di alam maya ayu iaitu dunia si pencinta photo! ha! gah gituu~hihi.


      Okey..siapa ada cita-cita?*kalau tak ada bukan manusia nama nya..huhu. gurau ja* mesti adakan.sejak dibangku sekolah lagi kita sudah didedahkan erti cita-cita oleh cikgu, kan?jangan bohong..hihi.

    Begitu jugak ayu,seorang manusia yang mempunyai cita-cita.asal cita-cita ayu nak jadi pensyarah nak ikut mak ayu yang sebagai cikgu,tapi pensyarah agak up la*poyo kan?* tapi pensyarah pon tah kemana ayu pon tah kemana sebab bukan senang nak jadi pensyarah.kalau pelajarnya bongak tahap kayu api.Last-last ayu tukar lah cita-cita yang tinggi tu. Kemudian ayu berangan nak jadi polis.hahaha..gempak tak. hihi. TAPI! ayu sentap bila kawan ayu cakap ''mana ada polis pendek macam ko.kang orang pikir ko ni polis peringkat sekolah je *kadet polis*''  haish!sodeh ayu dibuat nya *patah lah hati..merajuk tak sudah.....*
geram je ayu rasa. nak je bako mulut kawan ayu tu,tahulah ayu ni tak cukup inci. haish!  >,<


      Selepas kejadian tu, ayu malas nak pikir pasal cita-cita.sampai lah ayu jatuh cinta pada fashion. ayu memang pencinta,peminat dan pe pe pe yang sama waktu dengan nya.Dan ayu rasa itulah hala tuju ayu.Ayu nak belajar pasal fashion kat KOREA,insyaallah..


ALASAN:
   Kenapa ayu minat fashion? okey.ni jawapan lengkap dan padat ayu.huhu. fashion umpama sahabat bagi kaum hawa tetapi akan menjadi pemusnah diri kalau kita melanggar syariat islam.Ye..sekarang wanita muslimah rancak membawa kan imej islam dalam fashion tetapi adakah ianya mengikut syariat?Ha! itulah yang akan memburukkan keadaan.secara tak langsung orang yang memandang tidak dapat membezakan cara pemakaian agama islam dengan agama lain.harap dijauhkan lah ya.seterusnya,pakaian yang berfashion ini hanya mengikuti saiz yang kecil sahaja.kalau ayu jadi fashion design.insyaallah, ayu akan buat pakaian untuk yang berbadan besar sahaja, bukan ayu nak menggalakkan obesiti dalam kalangan wanita di Malaysia, ayu cuma nak memberi semangat pada wanita yang bersaiz besar untuk bergaya dengan betul dan mengurangkan kadar wanita muslimah yang berpakaian melanggar syariat akibat saiz.ayu nak jadi seorang insan yang beri manfaat baik kepada semua. insyaallah.


    Jadi.mula dari sekaranglah ayu kena melakar,sikit demi sedikit cita-cita ayu.Doakan ayu okey!



#inilah hasil kreativiti ayu




                                             
#saiz dan ketinggian bukan pengahalang untuk berjaya


 Sekian♥

No comments:

Post a Comment