Monday 18 March 2013

Tip untuk anda semua


         Assalamualaikum, al-hamdulillah, pagi-pagi ni membuatkan otak ayu sedar dan sentiasa mencurahkan idea-idea untuk berkongsi pada semua, harap dapat lah memberi manfaat. Okey, kalau nak di ceritakkan fasal fashion yang ayu ketahui memang tak banyaklah sebab ayu belum mengisi minda ayu dengan wikipedia lagi,yang ayu sempat hanya lah mengisi perut ayu, huhu




CELANA HAREM: celana harem kembali popular menghangatkan arena fashion tempatan.Ciri fizikalnya  sesuai bagi muslimah yang sentiasa menjaga syariat. tidak terlalu ketat dan selesa diguna si hijabista.


                                                                   

PEPLUM: rekaan kembang dibawahnya memberikan nuansa ceria terhadap penampilan dengan serta merta selain menyerlahkan tubuh kecil dan langsing



                                                                     
Tips untuk bebadan gempal:

  1.   Cari pakaian yang bersesuaian dengan tubuh. sesuai lah dengan pepatah 'ukur baju dibadan sendiri'.
   jangan disebabkan pakaian anda rosak imej islam!
     
2.    Warna yang dipilih haruslah memberi keyakinan pada diri, katakan tidak pada hitam! ya. warna hitam memang sinonim untuk badan yang berbadan besar.TETAPI. ingatlah tidak semua warna sesuai untuk kita.jangan memilih warna yang terlaluu terang kerana ia akan kelihatan seperti umur kita banyak.

3.   Aksesori yang tidak keterlaluan. jangan memakai aksesori yang terlalu sarat dan besar.contohnya: tidak perlulah memakai rantai kalau suadah ada gelang ditangan.

4.   Trend yang bersesuaian.jangan terlalu taksub akan sesuatu acara atau situasi sehingga memilih pakaian yang tidak sesuai dengan keadaan. Haruslah kita ketahui dengan gaya dan masa.


5.  Mix and Match. kalau anda kurang keyakinan. sarungkan baju yang hendak dipakai. dan minta lah pendapat sahabat yang tidak buta fashion. tapi jangan terlalu ambil serius akan komen yang diberi. Cukup sekadar 'ok'.

6.  Corak juga membantu kita untuk kelihatan agak langsing. jangan terlau kosong dan jangan terlalu bercorak, contohnya : baju yang bercorak dipadankan dengan tudung yang plane atau sebaliknya.


7.  Belum cuba belum tahu. Jadikan ia sebagai semangat untuk mencuba sesuatu kelainan.


8.   Bersederhana membahkan kecantikan sifat dan imej kita.'simple is perfect!'





ok lah, itu sahaja yang ayu mampu kongsi. ayu pon bukan banyak sangat tips yang bagus untuk semua sebab ayu belum ketahap fashionista. tapi itulah impian ayu..

               BERFASHIONISTALAH DI MATA MEREKA!
                    kita haruslah kelihatan berkeyakinan dalam pemilihan pakaian.
                    apa yang kita pakai menggambarkan imej islam kerana kita yang membawa
                   dan menyampaikannya. Pakaialah pakaian yang selesa pada diri kita asalkan
                     tetap mengikut syariat dan berwaspadalah!



sekian ♥



                                     

No comments:

Post a Comment