Friday 29 March 2013

PRINSIP HIDUP

#prinsip kadang-kadang boleh mendisiplinkan diri tapi kadang-kadang boleh menjadikan diri 'bajet' bagus

         Assalamualaikum, hye semua?*gaya macam ramai je,* apa khabar? sihat ke tidak?
mak cik, ye.. mak cik,, meh lah baca post ayu kali ni kejap je tak kan hangus ikan dikuali dek kerana membaca blog ayu.ha, yang lain pon boleh baca.tak salah pon.

                 Prinsip, kalau nak diceritakan pasal prinsip ni memang banyak yang ayu guna. Hidup ayu suka berdasarkan prinsip lagi-lagi bab fashion. huhu. Ayu menganggap prinsip sebagai fist aid semasa ayu  dalam kebuntuan.Contoh ye dalam mix and match pakaian. haish.. itu lah yang paling susah bagi ayu sebab macam-macam warna nak kontra kan ni lah punca kalau terlalu taksub dengan trend fashion terkini. Tapi sampai bila ayu kena ikut trend fashion erk?? hurm.. adakah sampai tua sekali pun ayu akan ikuti laluan fashion ni?? tertanya-tanya kan..

   Ayu akan kongsikan beberapa prinsip untuk kauorang ikut, tapi kalau tak nak tak apa. tak paksa okey  ;)

HIDUP:
1- 'jadi diri sendiri untuk mencipta identiti di mata orang'
 
Prinsip ni lebih sesuai digunakan semasa kita di tempat asing contoh nya di institut,sekolah,tempat keja dll.
atau semasa kita baru mengenali seseorang.jauhilah sifat hipokrit hihi..

2-'pandanglah seseorang melalui hati bukan sekadar mata'
ini lah yang selalu terjadi pada ayu baru-baru ni tapi al-hamdulillah hamba allah tu memaafkan perbuatan terkutuk ayu ni. ya allah.. jahat ye aku. *baru tahu ke?* kita tak pantas menghakimi orang.siapalah kita untuk menceritakan yang buruk tentang dia sedangkan kita tak rapat pun dengan dia. Ayu mohon sangat-sangat pada semua.jauhilah sifat ni.

FASHION:(mengikut syariat)
1- 'pakai untuk keselesaan diri bukan untuk kepuasan orang lain''
 
kita lebih suka mendengar pandangan orang atas kesesuaian pakaiaan kita, bukan kita keras kepala atas pendapat orang tapi yang memakai pakaiaan itu tubuh kita.right?

2- 'fashion always available for me'
Walau bagaimana pon rupa,bentuk badan kita, jangan kita memburukkan ia  dengan sifat mudah putus asa dalam berfashion, kalau tak ada pakaiaan yang tak sesuai ditubuh just carik yang lain.Bagi yang berbadan besar jangan mudah murung akibat saiz ye sebaliknya berusaha untuk merampingkan badan walaupun mengambil masa yang lama.

SAHABAT:
1. 'jangan meletakkan syarat semata-mata untuk memilih yang sesuai''
Jangan sesekali melitak kan ciri-ciri kepada seseorang untuk menjadi sahabat kita. kelainan itulah sebenarnya awesome! kita dapat mengenali sahabat kita dengan sikapnya dan kita akan mencipta ikatan persahabatan yang unik dimata orang.


CINTA:
1.'jangan asyik mengejar si dia kalau terlalu sayang,biar dia datang pada kita untuk menunjukkan erti sayang'
Ha!! inilah yang paling parah.. wahai kaum hawa sekalian,adik-adik,akak-akak.makcik-makcik??oppsss,, terlebih sudah,, hihi. ingat! berhenti kejar si dia kalau dia kuat merajuk. kita perempuan kena jaga ego. ingat lelaki je ke ada ego??*nak marah pasai pa??..hihi* lelaki akan gembira kalau dia dikejar-kejar.macam dalam filem hidustan.tumpah su air, yu musy kua ir. haish.. syok pulak di buat nya. sedar tak! lelaki akan menggunakan tektik ni kalau dia nak sesuatu yang berharga pada diri kita, tak perlu lah bagi tahu apa dia kan. kalau perempuan yang dah biasa dengan memujuk ni sampai dia expert.sayang,.. patah balik na,. jangan dok khusyuk sangat dengan cinta. memang cinta itu indah tapi jangan di sebabkan si dia kita yang tak indah..


okey.itu je lah a few tips yang mampu ayu kongsi bersama harap memberi manfaat lah ya.



     'PRINSIP'
Prinsip umpama sahabat dan umpama musuh,
guna kan prinsip dimasa yang sesuai,
jangan terlalu taksub akan ia kerana masa itulah ia akan menjadi musuh,
jangan terlalu ikut kata orang untuk selesa dimata dia ,
prinsip dapat menjadikan kita disiplin akan sesuatu tindakan yang kita ambil
:)



 Sekian ♥ 





No comments:

Post a Comment