Wednesday 6 March 2013

MASA UNTUK SERIUS

ada kala ya kita harus serius untuk kebaikan di masa hadapan.

   Assalamualaikum wahai bangsa yang berjaya kerana bangsa yang membaca akan berjaya *insya Allah
ayu sedang serius mengisi perut blog ayu ni sambil mengisi perut ayu yang buncit ini, hahaha. Semenjak bermenjak ni ayu kerap menerima surat tawaran dari Institut pengajian tapi malang ye semua nya Swasta , maklum lah ayu berasal dari keluarga yang bersederhana namun ilmu itu tidak menilai mata wang. HURM, kebuntuan terus menular dalam diri ayu, dah ramai orang yang ayu bertananya untuk kemasukan ke institutsi pengajian yang sesuai untuk ayu, hurm. mengeluh panjang lah nampak nye :( . Ya allah, berilah pertunjuk kepda hamba Mu ni. Ini kali pertama ayu serius untuk membuat keputusan ke masa hadapan ayu sebab pada usia sebegini ayu mula belajar erti dewasa. BFF ayu pulak sibuk mencari kerja,kadang- kadang ayu cemburu jugak dengan diaorang tapi ayu kena jaga hati mak abah ayu mungkin ayu tak bersedia untuk bekerjaya lagi, masih banyak lagi masa untuk ayu mencari ilmu di celah- celah buku di dalam bangunan Pengajian tinggi, namun Emak ayu berat untuk melepaskan ayu untuk belajar ditempat yang jauh.hurm. Ni yang membuatkan ayu hed up! eee.. Kahwin je la kalau macam ni, ahahaha *no.no.no.no*  Ayu dah rancang untuk ke masa hadapan agar dapat menjamin kehidupan yang cerah dengan kerjaya :D  bukan terlalu mengejar duniawi namun ilmu yang ayu hendak miliki insya Allah akan memberi manfaat kepada generasi akan datang.



#antara surat tawaran sambung belajar ke kolej


#manusia hanya merancaang Allah yang tentukan



   sekian <3







 

No comments:

Post a Comment