Saturday 23 March 2013

DAHULU BERTIGA, KEMUDIAN BERDUA, KINI BERSEORANGAN?



                   Assalamualaikum. apa khabar semua? harap sihat-sihat belaka dan bertambah cantik macam ayu lah ye? *perasan nye =,= *     Al-hamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana setiap saat masih diberi peluang pada ayu. Orang cakap kalau ada rezeki tak kan kemana.
   
                    Pada 22 hari bulan,hari jumaat lalu, Ayu dan bff pergi interview kerja di sebuah syarikat kelapa sawit tetapi kami di bahagian makmal. Ini merupakan pengalaman pertama ayu pergi interview bagai, Fuh! berdebar-debar dalam hati bila setiap orang kena diuji untuk melakukan kerja yang bakal kami lakukan bila kami diterima dalam bahagian itu. Hati ayu dah berdebar-debar macam gempa bumi bila giliran ayu. Betapa susah nya untuk mengambil sekeping tisu menggunakan penyepit khas.Tapi Al-hamdulillah semua nya dah selesai kemudian hanya tunggu untuk dipilih je sama ada dapat atau tidak. Pada mula nya ayu tak berapa yakin untuk diterima begitu jugak dengan faezah, tapi fara kelihatan begitu bersemangat untuk menyahut cabaran bekerja di situ Tapi malang tidak berbau, perkara yang tidak disangka berlaku.kini bermula lah cerita sedih ni.........................

              ''Maaf ya cik adik fara. kamu tidak dapat bekerja disini sebab bla,bla,bla..''
Siapa tak sentap kalau kita dah beria-ia dan terlalu yakin akan kejayaan yang kita usahakan tapi sebalik nya. Kegagalan yang menimpa. Ayu kasihan tengok keadaan fara semasa balik dari interview, dah macam mati laki. Hasih. Ayu dan faezah rasa tak adil lah kalau fara tak dapat kerja tapi tak kan lah semata-mata seorang kawan kita tak nak ambil peluang yang ada didepan mata?? hurm.... mengeluh panjang ayu dalam hal ni.Ayu tak nak jadi seorang pentingkan diri tapi,,,,,

                   Bila semuanya dah selesai, Ayu dengan faezah lepak di rumah fara untuk berbincang *dah macam mengadakan mesyuarat agaong, yang sorang sokong, yang sorang bantah.. haiash,, apa aku ni? berangan je.*  ok. berbalik ke cerita tadi, maaf lah terbuat iklan pulak. hihi.. Kami bercadang untuk mencari kerja ditempat lain dahulu manalah tahu kami takkan berpisah. hihi. kami ni dah bagaikan, kacang,isi,kulit. ahahaha.. *hantamlah labu*   Kini masalah dah selesai.TAPI.........Malam nya pulak Faezah yang buat hal. dia tiba-tiba tak nak kerja.sabar je la. Tapi nasib baik lah ada seorang kawan ayu akan interview hari isnin ni. harap-harap dia dapat lah..Amin~

 
                    Esok hari nya ayu dapat tahu yang kak siti iaitu kakanya fara akan bawak fara ke ampang untuk bekerja bersama-sama dengan kak siti. Ayu dah tak tahu nak buat apa, cuma kerinduan akan mula merebak dihati ayu. Konferm ayu akan rindu gila kat dia, sedih nya. Kami tak pernah berpisah selama ni. semua perkara kami buat sama-sama macam.. ''ketawa bersama,menangis bersama, ku bersumpah harap. bla..bla..bla.. '' *sempat lagi menyayi?? ini serius...*

                      Tadi petang ayu sempat jenguk keadaan dia sebelum dia ke Ampang. Ayu suruh dia jaga prince ktak, iaitu patung katak kami. Harap-harap dapatlah dia melepaskan rindu pada prince ktak tu.

              Ayu dapat pengalam yang tak disangka-sangka dan pengajaran yang berharga dalam hidup kali ni, Peluang ada sekali dalam hidup dan tak semestinya kita akan bersama selamanya masih jauh perjalanan kita dan masih ramai lagi manusia yang kita akan kenal disepanjang perjalanan hidup ini,Tapi kami tetap SAHABAT sampai bila-bila..AMIN~

                sebak dihati terpaksa ditahan untuk terus melemparkan senyuman demi semangat yang harus diteruskan dalam perjalanan di dunia ini..


#kenangan antara kita bukan sahaja diphoto tapi melekat dihati.
hanya maut yang memisahkan kita
                                                     



                                               # inilah video yang ayu janjikan


    Sekian ♥






No comments:

Post a Comment